PART
3
IMDAD Idziyad
melangkah masuk ke
dalam rumah dengan
langkah yang lemah
dan lesu. Mukanya
pucat. Dari tadi
kepalanya berdenyut-denyut. Nasib
baik dia masih
boleh memandu lagi
dan sampai di
rumah dengan selamat.
Badan direbahkan ke
atas sofa dan
mata di pejam.
Dengkuran halus mula
kedengaran.
Afra Huda yang
perasan akan kereta
suami ada di porch, terus
turun ke bawah.
Awal suaminya balik
hari ini. Biasanya,
kalau matahari tak
terbenam memang tidak
akan muncullah lelaki
itu. Kecuali ketika
opah ada di
rumah. Memang suaminya
akan balik awal.
Pukul 5 petang
sudah terpacak di
rumah. Dan ini
belum lagi jarum
jam menunjukkan pukul
5 petang, sudah
ada di rumah.
Hairan!
Langkah Afra Huda
mati apabila melihat
Imdad Idziyad sudah
‘pengsan’ di atas
sofa. Dan muka
lelaki itu pucat.
Lelaki itu demamkah?
Lalu langkah dibawa
ke arah suami
yang sedang tidur
di atas sofa
di ruang tamu.
Dia berlutut di
sisi sofa. Telapak
tangan diletakkan di
atas dahi Imdad
Idziyad untuk merasa
suhu badan lelaki
itu. Manalah tahu
suaminya demam ke?
Sebaik saja merasa
suhu di dahi,
Afra Huda menggelengkan
kepalanya. Tak demam!
Habis tu kenapa
muka suaminya pucat.
Hati mula resah.
Ingin kejutkan Imdad
Idziyad, nanti dia
pula yang terkejut
kerana dijerkah oleh
suaminya itu. Suaminya
pantang apabila orang
lain menganggu tidurnya.
Lagi-lagi bila suaminya
lepas pulang dari
kerja. Memang cari
nahaslah!
Lalu Afra Huda
bangun dan ingin
melangkah ke dapur.
Belum sempat dia
membuka langkah, ada
tangan kasar yang
melelar tangannya. Afra
Huda berpaling ke
sisi dan tangan
Imdad Idziyad memegang
tangannya.
“Kenapa?” Afra Huda
bersuara prihatin. Dia
tahu, mesti suaminya
inginkan sesuatu.
“Tolong, ambilkan
aku panadol dan
air masak” pinta
Imdad Idziyad lemah.
Tercengang Afra Huda seketika
kerana inilah kali
pertama suaminya menggunakan
perkataan ‘tolong’ di
depan ayat. Biasanya,
arahan akan dikeluarkan
bukannya permintaan.
“Afra…” Imdad Idziyad
bersuara lemah apabila
melihat Afra Huda
seakan-akan mengelamun. Orang
minta tolong ambikan
ubat, boleh pula
dia mengelamun.
“Ha! Ya-ya.. baiklah!”
angguk Afra Huda
buru-buru. Cepat-cepat dia
melangkah ke dapur
untuk mengambil ubat
dan air masak.
“Nah!” hulur Afra
Huda kepada Imdad
Idziyad. Panadol dan
air masak diletakkan
di atas meja
kopi.
Melihatkan Imdad Idziyad
seperti sukar untuk
bangun, lalu Afra
Huda cuba untuk
menolong dan nasib
baik suaminya tidak
membantah. Mungkin lelaki
itu tidak larat
sangat.
Panadol dan air
masak dihulurkan buat
Imdad Idziyad di
sebelahnya. Tanpa banyak
soal, Imdad Idziyad
menyambut huluran isterinya.
Dan panadol disumbat
ke dalam mulut
sebelum air masak
diteguk dengan perlahan.
Badan direbahkan kembali
ke sofa. Kepalanya
masih lagi berdenyut
itu dipicit dengan
jarinya.
“Awak sakit kepala
ke? Nak saya
picitkan?” tawar Afra
Huda apabila melihat
tangan suaminya berada
di dahi. Rupanya-rupanya, suaminya
sakit kepala. Patutlah
pucat jer dia
tengok. Ingatkan demam
tadi.
Dan Imdad
Idziyad hanya mengangguk
sebagai balasan. Dia
tidak larat untuk
bergaduh dengan isterinya
itu. Lalu tanpa
banyak soal, dia
bangun dan mengalihkan
posisi tubuhnya. Kepala
direbahkan di atas
riba isterinya. Dan mata dipejam
kembali.
Terkedu Afra Huda
dengan kelakuan Imdad
Idziyad. Belum pernah
suaminya berkelakuan seperti
sekarang. Sebelum ini
pun, kalau suaminya
sakit belum tentu
suaminya terima pertolongannya. Malah
ditengking adalah. Dah
nak mati ke
suaminya?
Astagfirullah Al- Azim…
tak baik kau
doa macam tu
pada suami sendiri, Afra
Huda! Berdosa nanti!
Tangan naik memicitkan
dahi Imdad Idziyad
perlahan-lahan. Nasib baik
Imdad Idziyad memejamkan
matanya. Kalau tak,
memang dia tolak
baliklah kepala suaminya
yang berada di
atas ribanya. Malu
tahu tak? Sekarang
ni pun, jantungnya
bukan main laju
lagi berdegup tetapi
cuba dikawal sebaik
mungkin. Harap-harap suaminya
tidak perasan. Kalau
tak, manalah dia
nak sorokkan mukanya
nanti.
Rasa sedikit lega
apabila tangan halus
itu naik memicit
dahinya. Akhirnya Imdad
Idziyad kembali lena.
Lena di atas
riba isterinya buat
pertama kali. Nikmatnya!
*************************************************************************************************
TERASA seperti
sesuatu yang berat
di atas ribanya
membuatkan Afra Huda
membuka matanya perlahan.
Apa yang dia
nampak sebaik saja
matanya dicelik, kepala
Imdad Idziyad masih
lagi berada di
atas ribanya. Dan
dia pula tertidur
sambil menongkat tepi
kepalanya di sofa.
Naik lenguh pehanya
meriba kepala suaminya
yang berat itu.
Dan punggung pun
dah naik kematu.
Lama sangat dia
tertidur.
“Err... Id, bangun!”
kejut Afra Huda
perlahan. Agak berhati-hati
kerana tidak mahu
dijerkah oleh lelaki
itu.
“Id, bangun... dah
masuk waktu maghrib
ni.” Sekali lagi
Afra Huda cuba
mengejutkan Imdad idziyad
yang masih lena
di atas ribanya
itu. Tetapi masih
lagi gagal. Tiada
tanda-tanda lelaki itu
akan bangun.
Afra Huda menggaru
kepalanya yang tidak
gatal. Buntu! Memang
susah betul suaminya
ini ingin bangun
dari tidur. Kalau
lelaki itu terlewat
bangun pada hari
bekerja, dia yang
kena tengking kerana
tidak kejutkan untuk
pergi kerja. Yang
dia ni, dah
habis air liur
kejutkan suruh bangun
tetapi masih lagi
enak dibuai mimpi.
Macam sekarang ni,
masih lagi lena
dibuai mimpi yang
indah. Huh!
Kerana suaminya tidak
mahu bangun, jadi
Afra Huda mengambil
kesempatan untuk menatap
wajah yang kacak
itu. Wajah yang
sudah mendapat tempat
di hatinya. Dari
mula dia bersua
muka dengan lelaki
itu tetapi sengaja
dia menafikan perasaannya
itu. Biarlah dia
seorang saja yang
merasainya perasaan itu.
“Seronok pandang wajah
kacak aku? Dah
jatuh cinta ke?”
soalan Imdad Idziyad
membuatkan Afra Huda
melarikan matanya ke
arah lain. Malu
apabila tertangkap merenung
suami sendiri. Malunya!
Sejak bila suaminya
sedar dari tidur?
Kenapa dia tidak
perasan pun?
“Sorry sikit
yer. Saya jatuh
cinta dengan awak?
Memang taklah!” nafi
Afra Huda. Takkanlah
dia nak mengaku
yang dia memang
dah jatuh cinta!
“Tepi sikit! Saya
nak bangun ni.
Nak solat!” kepala
Imdad Idziyad yang
berada di atas
ribanya diangkat dan
diletakkan di atas
sofa. Lebih baik
dia melarikan diri
sebelum lelaki itu
menyoalnya soalan pelik-pelik.
Sebab perangai lelaki
itu agak lain
sedikit dari sebelum
ini. Terlebih manja!
Imdad Idziyad
hanya tersenyum apabila
melihat Afra Huda
seperti mengelak darinya.
Kenapa sejak akhir-akhir
ini, dia rasa
seperti dia tidak
boleh hidup tanpa
wanita itu? Dan
kalau sehari tak
tengok wajah wanita
itu, hatinya sudah
pandai merindui. Perasaan
apakah ini?
Huh! Lebih baik
dia bangun mandi
dan solat daripada
fikirkan perasaan yang
entah apa-apa ni.
Lalu dia bingkas
bangun dari terus
berbaring di atas
sofa. Badan diregangkan
ke kiri dan kanan supaya
urat tidak tersimpul.
Terasa lenguh badannya
kerana lama tidur
di atas sofa.
Itu baru badannya,
belum lagi peha
isterinya yang dia
tumpang tidur tadi.
Kesian pula pada
Afra Huda kerana
terpaksa menampung berat kepalanya.
Tapi itu memang
kewajipan seorang isteri
tetapi pernahkah kau
anggap dia isteri
kau, Imdad Idziyad?
Ah! Malas
nak fikir semua
itu. Lalu Imdad
Idziyad berlalu ke
tingkat atas untuk
bersihkan dirinya dan
tunaikan kewajipannya itu.
NOTE : first of all, sy nk minta maaf sbb baru sempat update part 3. janji nk updte mggu sama sy update part 2 xpi sy xupdate pn. sorry sngt2 sbb buat kalian smua tertunggu. sy demam sbnarnya. cerita ni pun xsntuh bnyk hri dh. doakan sy ya spya kuat untuk smbg part 4. hrp2 ada idealah yer. ok lah, tak nak mengarut pnjg2 di sini. so, enjoy ya guys :)
SELAMAT MEMBACA. HAPPY READING, GUYS. sorry jika cerita ni tak best.
tulusly,
Ayatul Husna.(AH)

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.