PART
2
PETI televisyen
dipandang dengan pandangan
yang kosong walaupun
filem Dilwale terpapar
di skrin televisyen.
Nampaknya Afra Huda
tidak tertarik langsung
dengan filem yang
sedang meletop sekarang
kerana ada sesuatu
yang menganggu fikirannya
saat ini. Keluhan
dilepaskan dengan berat
sekali. Seperti ada
masalah besar yang
menyelubungi dirinya.
Ya! Memang
besar! Dan dia
tidak tahu macam
mana hendak memberitahu
kepada Imdad Idziyad.
Entahlah! Pandangan dibawa
ke arah pintu
sebaik saja dia
mendengar enjin kereta
berderum di perkarangan
rumahnya itu. Mungkin,
Imdad Idziyad sudah
pulang dari mengambil
opahnya itu. Lalu
Afra Huda bangun
dan menuju ke
pintu.
Pintu dibuka dan
dia lihat seorang
wanita yang sudah
berumur keluar dari
pintu sebelah pemandu.
Mungkin itulah opah
Imdad Idziyad. Dia
tidak kenal kerana
semasa hari perkahwinannya dengan
Imdad Idziyad, opah
suaminya tiada di
Malaysia kerana sedang
menunaikan umrah. Selepas
menunaikan umrah, opah
suaminya pergi melancong
ke negara Eropah.
Itu dia dengar
dari Datin Fairuza
sendiri. Yer lah,
orang kayakan. Nak
pergi mana-mana pun
tak kisah kerana
duit berkepuk-kepuk.
Afra Huda melangkah
keluar dan Hajah
Saodah didekati. Tangan
dihulurkan untuk bersalam.
Disambut baik oleh
Hajah Saodah. Afra
Huda menarik nafas
lega kerana Hajah
Saodah menerimanya dengan
baik.
Cucu menantunya dipeluk
erat selepas bersalaman.
Dia sangat suka
dengan cucu menantunya
kerana sangat menghormati
orang tua. Belum
lagi dia masuk
ke dalam rumah,
dia sudah disambut
di hadapan pintu
kereta lagi. Sangat
berkenanlah dengan cucu
menantunya ini. Pandai
cucunya pilih.
“Jom, opah kita
masuk!” ajak Afra
Huda sambil memimpin
tangan tua Hajah
Saodah.
Hajah Saodah mengikut
langkah Afra Huda
untuk masuk ke
dalam rumah. Dan
Imdad Idziyad hanya
menjadi pemerhati sejak
dari tadi menarik
senyuman lega kerana
opahnya tidak complain apa-apa.
Nampaknya, opah sudah
berkenan dengan isterinya
itu. Bagasi milik
opahnya dikeluarkan dari boot kereta
dan dia berlalu
masuk ke dalam
rumah.
“Pandai kamu susun
perabot di dalam
rumah ni, Huda.
Kemas dan teratur
saja. Cantik!” puji
Hajah Saodah sambil
matanya dilarikan ke kanan
dan ke kiri
menganalisa susun atur
perabut di dalam
rumah cucunya.
“Biasa saja, opah!
Lagipun Huda tiada
buat apa-apa pun.
Jadi ini sajalah
Huda mampu buat.”
Balas Afra Huda.
Dia turut membahasakan
dirinya Huda. Sudah
lama dia tidak
mendengar panggilan ‘Huda’
setelah abah dan
maknya meninggal. Hanya
mereka berdua saja
yang memanggilnya Huda.
Dan hari ini,
Hajah Saodah memanggilnya
dengan panggilan itu
membuatkan hatinya sebak
tetapi sehabis mungkin
ditahan agar Hajah
Saodah dan Imdad
Idziyad tidak perasan.
“Kamu tak kerja
ke, Huda?” soal
Hajah Saodah hairan.
Mata dihalakan pada
Afra Huda di
sebelahnya.
“Tak, opah! Id
tak bagi Afra
kerja.” Belum sempat
Afra Huda menjawab,
Imdad Idziyad sudah
mencelah. Menjawab bagi
pihak dia.
“Kenapa kamu tak
bagi dia kerja
pula?” soal Hajah
Saodah ingin tahu.
Sengaja ingin mendengar
jawapan dari cucunya.
Dan dia pun
tak berapa berkenan
kalau cucu menantunya
itu bekerja tetapi
dia juga tidak
menghalang kalau Afra
Huda hendak bekerja.
Biarlah, itu semua
urusan cucunya. Pandai-pandailah Imdad
Idziyad buat keputusan.
“Id bukan
apa opah, kalau
boleh bila Id
balik kerja nak
juga ada isteri
yang sambut Id
di pintu. Sebab
itulah Id tak
bagi Afra kerja”
ujar Imdad Idziyad.
Tiba-tiba rasa bersalah pula
tipu opahnya. Kalau
opah tahu hal
sebenar, mampus dia
dikerjakan nanti.
Dan Afra
Huda masih diam.
Dia ingin melihat
sejauh mana permainan
Imdad Idziyad. Tak pe, dia
ikut saja rentak
suaminya itu.
“Betul juga
apa yang kamu
katakan tu.” Setuju
Hajah Saodah sambil
mengangguk beberapa kali.
“Tak mengapalah, Huda.
Duduk rumah saja.
Jaga makan pakai
suami dan maruah
suami pun jangan
lupa dijaga” sambung
Hajah Saodah. Sedikit
nasihat diberikan kepada
Afra Huda.
“InshaAllah, opah!” angguk
Afra Huda sambil
tersenyum.
“Opah berehatlah dulu,
Huda nak pergi
dapur untuk siapkan
makan tengah hari
nanti” suruh Afra
Huda.
“Awal kamu nak
memasak. Baru pukul
11:30 pagi” ujar
Hajah Saodah.
“Bukan nak memasak
lagi tetapi nak
pergi sediakan bahan-bahan
dulu. Nanti nak
masak senanglah. Terus
campak dalam periuk.”
Sengih Afra Huda.
“Ni mesti
pandai memasak sebab
terus campak saja
bahan-bahan tu?” tebak
Hajah Saodah.
“Tak adalah pandai
mana, opah. Sikit-sikit
saja” ujar Afra
Huda dengan rendah
diri.
“Betul ke kamu
ni? Nanti opah
nak rasa sedap
ke tidak masakan
kamu.” Hajah Saodah
memandang Afra Huda
dengan pandangan yang
tidak percaya.
“Boleh opah. Opah
nak makan apa?”
soal Afra Huda.
“Tiba-tiba opah rasa
nak makan masakan
kampong. Kamu pandai
buat tak?” Hajah
Saodah menyuarakan keinginannya
itu kerana sudah
lama tidak makan
masakan kampong. Lima
bulan berada di
luar negara membuatkan
dia rindu dengan
masakan kampong.
“Boleh saja opah.
Nanti Huda masakkan
tapi kalau tak
sedap, opah jangan
complain yer” pesan
Afra Huda.
“Belum cuba, belum
tahu. Tetapi opah
jamin masakan Huda pasti sedap.
Kalau tak, cucu
opah ni dah
lama mati kebuluran.”
Dengan yakin Hajah
Saodah menjamin masakan
Afra Huda sedap
walaupun dia tidak
pernah merasainya.
“Memang sedap pun
opah.” Sokong Imdad
Idziyad yang sedari
tadi hanya mendengar
perbualan opah dan
isterinya. Nampaknya opah
memang sudah berkenan
dengan Afra Huda.
Lagipun isterinya ini
pandai mengambil hati
Hajah Saodah. Macam
mana opahnya tidak
berkenan pula.
“Tengok, suami kamu
pun puji masakan
kamu. Jadi memang
sedaplah” ujar Hajah
Saodah.
Dan Afra
Huda hanya membalasnya
dengan senyuman. Entah
ikhlas atau tidak
lelaki itu memujinya.
Afra Huda meminta
diri untuk ke
dapur. Manakala, Hajah
Saodah dibawa oleh
Imdad Idziyad naik
ke bilik untuk
berehat sementara menunggu
waktu zohor dan
makan tengah hari.
*************************************************************************************************
PETANG yang
damai dan cuaca
yang redup, membuatkan
Afra Huda dan
Hajah Saodah santai
berbual di laman
rumah. Gazebo menjadi
pilihan Afra Huda
dan Hajah Saodah
meluangkan masa bersama-sama.
Afra Huda sibuk
memberi makan ikan-ikan
koi yang berada
di dalam kolam.
Manakala Hajah Saodah
sedang asyik membaca
buku Ilmiah.
Petang yang santai
dan tenang membuatkan
kedua-duanya leka dengan
aktiviti masing-masing. Agak-agak,
kalau pencuri pecah
masuk pun tidak
perasan barangkali.
“Assalamualaikum.” Sapa Imdad
Idziyad.
“Waalaikumussalam.” Jawab Afra
Huda dan Hajah
Saodah serentak. Masing-masing
mendonggakkan kepala untuk
melihat siapa gerangan
yang memberi salam.
“Bila kamu sampai,
Id? Tak dengar
pun bunyi enjin
kereta” soal Hajah
Saodah. Nampak sangat
dia ralit membaca
sampaikan cucu sendiri
balik pun dia
tidak perasan.
“Baru saja opah”
jawab Imdad Idziyad.
Duduk dilabuhkan di
sebelah Afra Huda.
Kenapa dia duduk
disebelah aku pulak
ni? Afra Huda
mula tidak senang
duduk. Rasa nak
lari duduk di
sebelah opah pula
tapi nanti apa
pula kata opah.
Akhirya, Afra Huda
duduk diam dan
menganggap suaminya tidak
wujud di tepinya.
“Nak dengar macam
mananya opah kalau
opah duk tenung
buku kat tangan
tu dengan penuh
khusyuk dan tawaduk.”
Gurau Imdad Idziyad
lalu ketawa perlahan.
“Ya tak
ya juga! Ni
ha, menarik sangat
isi di dalam
buku ni, tu
yang opah ralit
sangat ni.” Buku
ditangannya di angkat.
Ditunjukkan kepada Imdad
Idziyad.
“Opah, Huda masuk
dalam dulu ya!
Nak sediakan minum
petang sekejap.” Afra
Huda mula bangun
dari duduknya. Meminta
izin dengan Hajah
Saodah.
“Ha, ya lah!”
angguk Hajah Saodah.
Belum sempat Afra
Huda berlalu, Imdad
Idziyad menghulurkan briefcasenya kepadanya.
Tanpa banyak soal,
Afra Huda menyambut
huluran suaminya. Kan
tak ambil, nanti
opah fikir lain
pula walaupun dia
sudah biasa melakukan
itu semua. Biasanya,
dia yang akan
mengambil briefcase itu
dari tangan suaminya
walaupun kadang-kadang lelaki
itu membantah tetapi
hari ini Imdad
Idziyad pula yang
bagi.
Tiba-tiba rasa pelik
pula!
Tanpa Afra Huda
sedar, Imdad Idziyad
mengikut langkahnya dari
belakang. Sebaik saja
isterinya bangun tadi,
Imdad Idziyad juga
turut meminta izin
dengan opahnya untuk
masuk ke dalam.
Sebenarnya ada sesuatu
yang hendak dia
bincangkan dengan Afra
Huda.
Elok saja Afra
Huda berpaling ke
belakang dan ingin
melangkah ke arah
peti sejuk, dia
perasan yang Imdad
Idziyad sedang bersandar
pada peti sejuk
sambil memeluk tubuhnya.
Tajam sekali pandangan
mata suaminya itu.
Dia ada buat
salah ke dengan
Imdad Idziyad? Serba-salah
pula rasanya untuk
pergi ambil barang
ke dalam peti.
Tetapi tetap juga
kaki melangkah ke
arah peti sejuk.
“Err… boleh tak awak
ke tepi sikit?
Saya nak ambil
mayonis ni” pinta
Afra Huda teragak-agak.
Pandangan mata suaminya
itu masih lagi
tajam memandangnya. Gerun
pula dia rasa.
“Sebelum kau ambil
mayonis kau tu,
aku ada benda
nak cakap dengan
kau.” Suara yang
tegas. Tiada sudah
lembut seperti semalam
dan ketika papa
dan mama ada.
Nampaknya, Imdad Idziyad
sudah kembali seperti
dulu.
“Cakaplah.” Balas Afra
Huda. Kalau dia
melawan, tak pasal-pasal
tangan lelaki itu
naik ke pipinya
pula. Tak pun,
suara itu naik
dua oktaf. Dua
okey, bukan satu.
“Sepanjang opah ada
di sini, kau
kena biasakan panggil
aku dengan panggilan
‘abang’. Tak ada
lagi saya-awak. Satu
lagi, kalau kau
buka mulut pada
opah dan ceritakan
apa yang buat
pada kau, nahas
kau aku kerjakan!”
ugut Imdad Idziyad.
Dan Afra
Huda hanya mengangguk
lemah. Imdad Idziyad
sudah kembali kepada
perangai asal dia.
Tegas, bengis dan
tidak berperikemanusiaan!
“Ingat tu!” jari
telunjuk tepat menghala
ke arah muka
Afra Huda sebelum
dia berlalu pergi.
Dan Afra Huda
hanya menghantar langkah
suaminya dengan pandangan
kosong. Dia sudah
lali dengan ugutan
suaminya itu.
Afra
Huda menarik nafas
panjang sebelum menyambung
kembali tugasnya yang
tergendala tadi. Siapkan
minum petang lebih
baik dari fikirkan
ugutan suaminya itu.
NOTE : sorry ambil masa yg lama untk update part 2. maaf yer buat kalian tertunggu. nah, ni sambungan part 1 hari tu. part 2 sudah selamat mendarat di blog. so, enjoy your reading guys. maaf, jika mengecewakan. sy xdpt nk share kt fb sbb fb buat hal. so sesiapa yg bermurah hati nak tlg tekan button share, dialu-aluka. hehe ;)
maaf sekali lgi di atas kelewatan ini.
SELAMAT MEMBACA SEMUA :)
JANGAN LUPA KOMEN YER. kalau nak cepat, sila komen. In Syaa Allah, part 3 cik AH cuba untk update this week. doakan semoga cik AH dpt siapkn dgn cpt yer . hehe
tulusly,
Ayatul Husna.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.