PART
5
PERBUALAN di
luar wad menarik
perhatian Afra Huda.
Dan dia kenal
suara itu. Lalu
dia bangun dan
menuju perlahan ke
arah pintu wad.
Dia mengintai sedikit
melalui cermin kecil
yang ada pada
pintu wad itu.
Dan benar tekaannya.
Bapa mertua dan
suaminya sedang asyik
berbincang sesuatu. Dan
muka bapa mertuanya
sangat serius. Afra
Huda menekapkan telinganya
pada pintu wad
untuk mendengar apa
yang sedang dibincangkan
oleh suami dan
bapa mertuanya itu.
“Ingat,
Id! Papa nak
kamu jaga elok-elok
Afra tu. Jaga
anak dalam kandugan
Afra. Kalau papa
tahu kamu suruh
Afra gugurkan, satu
sen pun harta
papa takkan jatuh
ke tangan kamu.
Ingat tu!” ugut
Dato’ Jamil. Mukanya
sangat serius dan
tiada segaris pun
senyuman di bibirnya
itu.
“Pa, mana boleh
buat Id macam
ni?!” bangkang Imdad
Idziyad. Tidak setuju
dengan keputusan papanya.
Sebelum ini tiada
pun dalam perjanjian
di antara dia
dan papanya bahawa
dia perlu ada
anak barulah dapat
mewarisi harta papanya.
Dia hanya perlu
berkahwin dengan Afra
Huda saja. Itu
saja syarat papanya.
“Kenapa tak boleh?
Syarat papakan? Suka
hati papalah nak
ubah ke apa!”
balas Dato’ Jamil.
Sedikitpun tidak termakan
dengan pujukan anaknya
kerana dia sudah
kenal dengan Imdad
Idziyad.
“Baiklah, papa!” akur
Imdad Idziyad lemah.
Apabila papanya kata
putih, maka putihlah
jawapan papanya. Jadi,
setuju atau tidak
dia terpaksa ikut.
Dan Afra
Huda yang mencuri
perbualan dua beranak
itu terkejut. Jadi,
itulah tujuan sebenar
Imdad Idziyad berkahwi
dengannya selain ingin
menebus perbuatannya terhadap
arwah ibu bapanya. Sebab
itulah suaminya tidak
mahukan zuriat kerana
suaminya terpaksa berkahwin
dengan dia. Dan
semuanya kerana harta.
Tiba-tiba terasa kakinya
lemah tidak berdaya.
Tidak percaya dengan
apa yang didengarinya
tadi. Nasib baik
hatinya terdetik untuk
mendegar perbualan ‘rahsia’
di antara bapa
mertua dan suaminya
itu. Dan satu
rahsia sudah terbongkar.
Dan inilah jawapan
untuk doa-doanya yang
lalu. Perit untuk
menerima tetapi terpaksa
dia terima walaupun
amat payah.
Perlahan-lahan Afra Huda
melangkah ke arah
katil. Duduk dilabuhkan
di birai katil.
Mata dibawa memandang
ke arah luar.
Memandang pemandangan luar
melalui tingkap di
dalam wadnya. Fikirannya
terasa kosong. Dia
fikir Imdad Idziyad
ikhlas mengahwininya. Rupa-rupanya
ada agenda lain
yang tersembunyi di
sebalik perkahwinannya itu.
Kenapa suaminya sanggup
lakukan itu semua?
Bunyi pintu wad
dibuka dari luar
sedikitpun tidak menarik
perhatian Afra Huda.
Dia tahu gerangan
yang masuk ke
dalam wad yang
didiaminya itu. Siapa
lagi kalau bukan
suaminya itu. Perlahan-lahan Afra
Huda membetulkan badannya
yang berada di
atas katil. Tubuh
disandarkan pada kepala
katil dan selimut
ditarik untuk menutupi
separuh bahagian badannya
di bawah.
Imdad Idziyad melangkah
ke arah katil
yang menempatkan Afra
Huda. Dia lihat
isterinya sudah bangun
dari tidur. Dan
wanita itu kelihatan
semakin sihat. Alhmadulillah, bersyukur
kepada Allah kerana
memberi kesihatan kepada
isterinya. Dia menarik
nafas lega kerana
dari sehari ke
sehari, Afra Huda
semakin baik.
Baru saja Imdad
Idziyad ingin melabuhkan
duduknya di atas
kerusi yang berada
di sisi katil,
permintaan Afra Huda
membuatkan dia terkesima
seketika.
“Lepaskan saya dengan
cara baik, Id!”
pinta Afra Huda
perlahan. Cuba ditahan
sebak yang menghimpit
dada. Sebenarnya dia
tidak sanggup untuk
berpisah dengan Imdad
Idziyad tetapi bila
mengenangkan perbuatan lelaki
itu, membuatkan dia
berasa tawar hati.
Sudah tidak seperti
dulu lagi.
“Berapa kali
aku nak cakap
dengan kau yang
aku takkan lepaskan
kau sampai bila-bila!
Faham?!” soal Imdad
Idziyad dengan tegas.
Wajahnya juga sudah
berubah menjadi tegang.
Cuba menahan amarah
yang mula menguasai
dirinya. Dia tidak
ingin menyakiti isterinya
lagi.
“Kenapa?” soal
Afra Huda kembali.
Soalan dibalas soalan.
Dia ingin dengar
sendiri dari mulut
suaminya kenapa suaminya
tidak mahu melepaskan
dia.
“Tak semua soalan
ada jawapannya. Dan
tak semua jawapan
memerlukan sebabnya. Jangan
tanya aku kenapa!”
balas Imdad Idziyad.
Kali ini suaranya
sudah tidak tegas
seperti tadi.
“Okey, awak tak
nak jawab? Tak pe sebab
saya sudah ada
jawapannya,” ujar Afra
Huda. Mata Imdad
Idziyad ditentang dengan
pandangan yang sangat
tajam. Dan Imdad
Idziyad juga tidak
mahu kalah. Mata
Afra Huda juga
dipandang dengan pandangan
yang tajam. Macam
main berlawan mata
pula rasanya.
“Awak kahwin dengan
saya sebab nak
mewarisi harta papakan?
Sebab itulah awak
tak boleh lepaskan
saya kan? Kalau
awak lepaskan saya,
harta itu tidak
akan menjadi milik
awakkan? Dan mungkin
awak akan terima
bayi ini sebab
harta jugakan?” sambung
Afra Huda lantang.
Suaranya agak kuat
dan sudah tidak
perlahan.
Soalan bertubi-tubi dari
Afra Huda membuatkan
Imdad Idziyad terkedu
buat seketika. Dari
mana isterinya tahu
semua itu?
“Kau... kau... tahu...
dari... mana?” tergagap-gagap Imdad
Idziyad bersuara. Wajahnya
memang cuak usah
dikatakan lagi. Pucat
wajahnya kerana Afra
Huda sudah mengetahui
rahsianya itu.
“Dari mana saya
tahu, itu semua
tidak penting! Yang
penting saya tahu
tujuan awak berkahwin
dengan saya kerana
apa. Bukan kerana
ingin tebus dosa-dosa
awak terhadap arwah
ibu bapa saya
tetapi kerana hartakan?
Dan saya minta
tolong lepaskan saya
selepas saya lahirkan
anak awak nanti.
Dan saya takkan
tuntut satu sen
pun harta awak.
Jangan bimbang!” jawab
Afra Huda berani.
Kini sudah hilang
rasa takutnya untuk
menjawab setiap persoalan
dari Imdad Idziyad.
“Kau ingat,
senang aku nak
lepaskan kau? Even
lepas kau lahirkan
anak aku sekalipun,
aku takkan lepaskan
kau! Bear in
your mind!” amaran
yang diberi oleh
Imdad Idziyad sedikitpun
tidak menggentarkan hati
Afra Huda. Dia
tetap dengan keputusannya
itu. Tetap ingin
berpisah! Muktamad!
Eh! Mengaku
pula yang bayi
aku kandungkan ini
anak dia. Semalam
bukan main suruh
aku gugurkan. Dasar
lelaki!
*************************************************************************************************
HARI ini
Afra Huda sudah
boleh discharge setelah
tiga hari dia
menjadi penghuni hospital.
Syukur kepada Allah.
Akhirnya dia boleh
keluar juga dari
hospital. Bosan tau
tak duduk dalam
wad. Tak dapat
nak tengok dunia
luar. Asyik berehat
dan makan ubat
saja. Sangat-sangat membosankan.
Pakaiannya sudah siap
dimasukkan ke dalam
beg pakaian. Dan
sekarang dia tunggu
ibu mertuanya datang
jemput kerana Imdad
Idziyad outstation ke
luar negara selama
seminggu. Aman rasanya
kalau tiada lelaki
itu. Buat sakit
hati saja.
Astaghfirullah... itu suami
kamu Afra. Tak
baik mengata suami
sendiri. Cepat-cepat dia
beristighfar di dalam
hati. Memohon keampunan.
“Assalamualaikum.” Datin Fairuza
memberi salam sebaik
saja dia melangkah
ke dalam wad
yang didiami oleh
menantunya itu.
“Waalaikumussalam, mama.” Jawab
Afra Huda. Tangan
dihulurkan untuk bersalam
dengan ibu mertuanya
sebaik saja ibu
mertuanya mendekati katil
yang didudukinya.
“Sudah siap semuanya?”
soal Datin Fairuza
setelah meleraikan pelukan.
“Dah, mama! Raa
tunggu mama datang
saja. Tapi bil
hospital belum bayar
lagi. Raa ingat
nak pergi bayar
kejap lagi,” beritahu
Afra Huda. Rancangnya
dia hendak bayar
sebaik saja dia
keluar dari wad
nanti. Lagipun kaunter
bukannya jauh sangat
pun. Ubat pun
dia belum ambil
lagi.
“Mama sudah bayar
pun bil hospital.
Janganlah risau,” balas
Datin Fairuza.
“Tapi mama...”
“Id yang
pesan pada mama
suruh bayarkan sebaik
saja Raa discharge dari hospital. Id
dah bagi mama
duit. Dia siap
pesan pada mama
suruh jaga isteri
dia baik-baik.” Cerita
Datin Fairuza sambil
tersenyum. Bahagia kerana
anak menantunya kelihatan
bahagia saja.
“Baiklah, mama!” akur
Afra Huda. Kalau
itu kata ibu
mertuanya, dia nak
cakap apa lagi.
Tapi sejak bila
suaminya jadi prihatin
pada dia? Selalu
kasar saja. Mana
pernah suaminya ambil
berat tentang dia.
Sekalipun tak. Marah-marah
tu adalah.
“Kalau macam tu,
jomlah! Biar mama
bawakan beg ni,”
ajak Datin Fairuza.
Beg pakaian milik
menantunya diambil dan
dibimbit. Baru saja
Afra Huda ingin
menegah tetapi ibu
mertuanya telebih dahulu
menghalang. Jadi. Terpaksalah
dia akur. Takkan
nak bergaduh dengan
ibu mertua sendiri
pula semata-mata kerana
beg pakaian. Tak
logik langsung.
Afra Huda mengikuti
langkah Datin Fairuza
dari belakang. Bukan
tidak mahu berjalan
seiring tetapi dia
malu kerana terpaksa
menyusahkan ibu mertuanya.
Kalau kepalanya tidak
sakit, tentu dia
akan pulang sendiri.
Jadi, tak perlulah
dia menyusahkan ibu
mertuanya itu.
Sampai saja di
ruangan parking kereta,
pemandu Dato’ Jamil
sudah menunggu. Senyuman
diberikan pada Pak
Hassan yang sudah
menunggu di luar.
Afra Huda melangkah
masuk ke dalam
perut kereta setelah
Datin Fairuza duduk
di seat belakang.
Ibu mertuanya menyuruh
dia masuk terlebih
dahulu ke dalam
kereta tetapi dia
menyuruh ibu mertuanya
kembali. Dia jadi
segan kerana ibu
mertuanya terlalu baik
dengan dia. Tetapi
dia hairan juga,
kenapa suaminya tidak
baik seperti ayah
dan ibu mertuanya
itu? Entahlah, dia
tidak punyai jawapan
itu.
Sampai saja di
rumah agam milik
keluarga mertuanya, Afra
Huda disuruh berehat
di dalam bilik
oleh Datin Fairuza.
Dan dia hanya
menurut apa yang
Datin Fairuza suruh.
Tidak sampai hati
untuk membantah suruhan
Datin Fairuza. Tiba
saja di dala
bilik milik Imdad
Idziyad, Afra Huda
melabuhkan duduk di
atas birai katil
yang bersaiz King
itu. Dia memerhati
sekeliling bilik suaminya
itu.
Sangat kemas walaupun
mereka jarang balik
ke sini. Mungkin
Mak Dah yang
kemaskan kerana dia
tahu yang suaminya
itu tidak suka
bilik yang bersepah.
Dan suaminya itu
memang jenis yang
suka kekemasan. Nampak
saja bersepah, mulalah
mulut lelaki itu
memarahinya kerana tidak
mengemas. Dan dia
hanya mampu tadah
telinga saja.
Baru saja dia
ingin merebahkan badannya
di atas katil,
telefonnya berdering minta
diangkat. Tidak jadi
Afra Huda ingin
merebahkan badannya itu.
Lalu dia bangun
kembali dan telefon
yang berada di
meja sisi katil,
diambil dan melihat
siapakah gerangan pemanggil
itu. Hampir terbuntang
matanya apabila melihat
nama Imdad Idziyad.
Bukan apa, Cuma
terkejut kerana suaminya
mana pernah telefon
padanya kalau lelaki
itu outstation. Biasanya,
hanya pesanan ringkas
melalui Whatsapp saja
menjadi penghubung mereka.
Suaminya mengigau atau
tersilap tekan nombor?
Dan Afra
Huda hanya membiarkan
panggilan itu kerana
dia tiada hati
untuk menjawab panggilan
dari suaminya. Hatinya
masih lagi sakit.
Sakit kerana dipermainkan.
Lalu, dia meletakkan
kembali telefon di
atas meja sisi
dan merebahkan badannya
di atas katil.
Dan telefon yang
berdering itu hanya
dibiarkan walaupun deringan
itu banyak kali.
Mata dipejamkan dan
fikiran ditenangkan. Dia
hanya ingin berehat
dan tidur dengan
tenang tanpa memikirkan
masalah yang dihadapinya
sekarang. Dia perlukan
rehat kerana otaknya
asyik berfikir dari
semalam lagi. Letih!
NOTE : pertama sekali, AH nak ucap terima kasih pada yg sudi bca. dan tak jemu untuk tggu sambungan cerpen ni. sebenarnya, part 5 baru saja siap sekejap tadi. agak pendek kerana kekurangan idea. maybe, next part panjang skit kut. tengok keadaan. hehe
tak nak bebel panjang2.. dan maaf jika tertypo or apa2 ke. maaf jika tak best.
SELAMAT MEMBACA SEMUA..
love u, guys! koranglah sumber inspirasi buat AH untuk terus menulis. terima kasih semua.
okey, next part ni bulan puasa ya.. takkan ada update minggu depan.. AH nak pergi vacation.. hehe
bye2*waves
Tulusly,
Ayatul Husna (AH).
