PART 1
Wajahnya pada
pantulan cermin dipandang.
Dibelek kiri dan
kanan. Ada jerawat
yang mula tumbuh
sedikit. Mungkin dia
silap makan atau
terlalu stress! Sekali
lagi wajahnya itu
dibelek dan dipandang
lama melalui pantulan
cermin. Ada kesan
lebam di bibir
dan di bahagian
dahinya. Keluhan di
lepaskan perlahan sebelum
air mata mula
bergenang di tubir
matanya.
Lalu
air mata itu laju
menuruni pipinya yang
putih mulus itu
tetapi agak cengkung
sedikit. Mengenangkan nasib
dirinya yang malang
itu, semakin laju
air mata yang
keluar seperti hujan
lebat yang menyimbah
ke bumi. Afra
Huda menyapu air
matanya perlahan-lahan.
Tidak!
Dia tidak boleh
menangis! Kalau dia
menangis akan menampakkan
sisinya yang lemah
nanti. Dia harus
kuat! Tidak boleh
berputus asa.
Sedang
asyik Afra Huda
mengenangkan nasib dirinya
di meja solek,
pintu bilik dibuka
dari luar. Dan
Imdad Idziyad melangkah
masuk ke dalam
bilik tersebut. Cepat-cepat
Afra Huda melarikan
pandangannya apabila matanya
bertembung dengan mata
si suami melalui
pantulan cermin. Lalu
dia bangun dan
menuju ke kamar
mandi untuk membersihkan
mukanya dan dia
tidak ingin suaminya
tahu yang dia
menangis. Kalau tak,
nahaslah dia nanti.
Sebaik saja Afra
Huda melangkah keluar
dari kamar mandi,
Imdad Idziyad berpaling
ke arahnya dan
memandangnya tajam. Dan
lelaki itu sedang
elok berdiri tidak
jauh pintu kamar
mandi sambil bersandar
di dinding.
“Kau
kenapa? Mata merah
tu? Sakit mata
ke?” soal Imdad
Idziyad tanpa perasaan.
“Tak!
Tak ada apa-apa!”
Laju Afra Huda
menggelengkan kepalanya. Lalu
dia membawa langkah
ke arah pintu
bilik. Dia ingin
keluar dari bilik
itu. Tidak betah
untuk berada bersama
dengan Imdad Idziyad
di dalam bilik.
“Eh!
Kau nak ke
mana tu? Aku
belum habis cakap
lagi!” Halang Imdad
Idziyad dengan suara
yang sengaja ditegaskan.
“Errr….
Keluar. Saya nak
masak.” Jawab Afra
Huda perlahan tanpa
memandang wajah encik
suami sedikitpun. Dia
lebih rela memandang
pintu di hadapannya.
Imdad
Idziyad melangkah ke
arah Afra Huda
yang sedang berdiri
di hadapan pintu
bilik yang masih
lagi tertutup rapat.
Afra Huda dihampiri.
Dan tangan isterinya
diambil dan dielus
lembut.
Melihatkan
cara Imdad Idziyad
melayannya, Afra Huda
mengeluh perlahan. Dia
tahu apabila Imdad
Idziyad melayannya dengan
lembut, pasti lelaki
itu inginkan sesuatu.
Matanya hanya memerhati
perlakuan Imdad Idziyad
kepadanya.
Sekali
lagi keluhan dilepaskan
sebelum Afra Huda
bersuara.
“Awak
nak apa?” Soal
Afra Huda.
“I
want you, right
now!” Bisik Imdad
Idziyad perlahan di
telinga Afra Huda.
Meremang bulu romanya
apabila Imdad Idziyad
bertindak seperti itu.
Bukan tidak biasa
tetapi entahlah! Setiap
kali Imdad berkelakuan
romantis dengannya, pasti jantungnya berdegup
kencang ibarat baru
selesai merentas desa.
Ya
Allah, perasaan apakah
ini? Kuatkanlah hambaMu
ini!
“Errr….
Sebenarnya…. Sebenarnya saya....”
tergagap-gagap Afra Huda
untuk menerangkan kepada
Imdad Idziyad tentang
situasinya sekarang.
“Kau
apa?” Jerkah Imdad
Idziyad sampai terangkat
bahu Afra Huda kerana
terlalu terkejut
“Kenapa?
Kau tak nak
ke?” Soal Imdad
Idziyad dengan level
suara yang biasa.
Tidak seperti tadi.
“Tak!
Bukan saya tak
nak tapi saya.... saya…. Saya datang
bulan!” Beritahu Afra
Huda perlahan dalam
keadaan tergagap-gagap.
“Oh!
Jadinya kau memang
nak bersama dengan
aku kan?! So,
jomlah!” terus saja
tangannya Afra Huda
ditarik menuju ke
arah katil. Pada
bibir Imdad Idziyad terukir senyuman
nakal. Sangat nakal.
“Eh!
Bukan macam tu
maksud saya! Kalau
awak nak bersama
saya, saya boleh
saja tetapi bukan sekaranglah. Sekarang
ni saya tengah
‘bendera jepun’. Jadi tak
bolehlah!” Nafi Afra
Huda dengan laju.
Tangannya yang digenggam
oleh Imdad Idziyad
cepat-cepat Afra Huda
rungkaikan. Pipinya juga
mula merah menahan
malu. Lagi-lagi apabila
Imdad tersenyum nakal
kepadanya.
“Yer
lah. Aku tahulah.
Kau tengah period! Macamlah
baru sehari jer
aku duduk serumah,
tinggal sebilik, tidur sekatil
dan sebantal dengan
kau. Aku gurau
jer pun” omel
Imdad Idziyad panjang
lebar.
Afra
Huda menunduk malu.
Malunya! Macam mana
dia boleh terfikir
sampai tahap itu?
Itu lah, lain
kali dengar dulu
apa yang suami
nak cakap. Jangan
nak gaduh sangat!
“Saya
keluar dulu.” Tombol
pintu bilik dipegang
lalu pintu dibuka.
Afra
Huda melangkah ke
bawah dan menuju
ke bahagian dapur.
Dia memulakan tugasnya.
Hari ini dia
memilih untuk memasak
laut kegemaran encik
suami kerana mood
encik suami baik
hari ini. Kalau
tak, asyik nak
marah saja. Dia
pun takut untuk
tegur.
Sedang asyik Afra
Huda memotong sayur,
tiba-tiba dia merasakan
seperti ada tangan
asing yang menjalar
di pinggangnya. Terus
saja di berpaling
ke ara belakang.
Terkjut bukan kepalang
kerana si suami
ada di belakangnya.
Rapat. Tiada sedikitpun
ruang
yang memisahkan mereka.
Ya Allah!
Kenapa dengan Imdad
Idziyad hari ini?
Lain macam saja?
Kenapa lelaki ini
berkelakuan romantik pada
hari ini? Kena
sampukkah? Seramnya!
“Budak bertuah ni! Mama
suruh panggil isteri
kamu. Boleh pula
dia beromantika di
dapur.” Satu suara
yang tidak asing
lagi bagi Afra
Huda. Patutlah si
suami beraksi lain
macam saja hari
ini. Terus saja
Afra Huda meleraikan
pelukan Imdad Idziyad
dan berlalu ke
arah Datin Fairuza.
“Bila mama sampai?”
soal Afra Huda
sejurus bersalaman dengan
Datin Fairuza.
“Baru saja. Papa
pun ada di
ruang tamu. Mama
ingatkan suami kamu
ni pergi panggil
kamu. Rupa-rupanya ke
arah lain.” Sindir
Datin Fairuza. Khas
buat anak lelakinya
itu.
“Alaaa….mama ni!
Sekali-sekala beromantika di
dapur apa salahnya?
Kalau macam itu,
lambatlah lagilah mama
nak dapat cucu”
gurau Imdad Idziyad
nakal. Terus saja
rona wajah Afra
Huda bertukar menjadi
merah.
“Ish! Kamu ni
Id, ke situ
pula. Tengok! Dah
malu dah menantu
mama ni” balas
Datin Fairuza.
“Oh, ya!” mama
duduk dulu ya.
Raa nak masak
dulu. Bolehlah kita
makan tengah hari
sekali” ujar Afra
Huda.
“Boleh juga. Lagipun
sudah lama mama
tak rasa masakan
Raa.” Setuju Datin
Fairuza.
“Okey, mama!
Raa buat air
dulu ya!” ujar
Afra Huda sebelum
berlalu ke arah
kabinet.
“Id pergi
bagitahu papa nanti
lunch kat sini”
suruh Datin Fairuza.
“Baiklah, mama!” akur
Imdad Idziyad sebelum
berlalu ke ruang
tamu.
“Raa nak mama
tolong ke?” soal
Datin Fairuza.
“Eh! Tak mengapalah,
mama! Raa boleh
buat sendiri. Mama
pergi duduk kat
depan sajalah. Mama
tunggu makan sajalah.”
Haling Afra Huda.
Lagipun rasanya tidak
elok apabila ibu
mertua yang menolongnya
memasak nanti.
“Tak mengapalah. Air
ni dah siapkan?
Mama bawa pergi
depan dululah.” Dulang
yang berisi jug
dan gelas di
atasnya diangkat dengan
berhati-hati.
“Okey mama. Nanti
Raa bawa kek
ya!” balas Afra
Huda. Dia membuka
peti ais untuk
mengambil kek yang
dibuat pagi tadi.
Afra Huda keluar
membawa kek di tangan kanan
manakala pinggan kecil
di tangan kiri.
Imdad Idziyad menyambut
huluran pinggan kecil
daripada isterinya. Afra
Huda memilih untuk
duduk di sisi
Datin Fairuza walaupun
tempat di sebelah
suaminya masih kosong.
Dia perasan akan
isyarat mata suaminya
tetapi sengaja dia
tidak menghiraukan. Lebih
baik duduk di
tepi mertuanya daripada
suami yang garang
lebih dari harimau.
“Jemput makan mama,
papa dan abang.”
Suruh Afra Huda.
Rasa nak terlebit
lidahnya apabila menyebut
perkataan ‘abang’! Ini
kali kedua dia
panggil suaminya dengan
panggilan ‘abang’. Kalau
mereka berdua saja,
awak-saya jer.
“Raa pun makanlah
sekali” suruh Datin
Fairuza. Dan Afra
Huda mengangguk sebagai
balasan.
“Papa dan mama
makan tengah hari
di sini, ya?”
pinta Afra Huda.
Tadi dia sudah
pun bertanya pada
Datin Fairuza dan
sekarang giliran Dato’
Jamil pula.
“Mama on saja.
Papa kamu tu
lah takut sibuk
pula” balas Datin
Fairuza.
“Boleh saja. Lagipun
lepas lunch papa
tak apa-apa appointment.” Setuju
Dato’ Jamil.
“Okay. Kalau
macam tu, Raa pergi dapur
dulu ya” ujar
Afra Huda. Meminta
diri untuk ke
dapur, menyiapkan makan
tengah hari.
“Nak mama tolong
ke?” Datin Fairuza
menawarkan diri.
“Tak mengapalah, mama.
Raa boleh buat
sendiri. Mama kan
tetamu Raa, takkanlah
Raa nak minta
tolong mama pula.”
Tolak Afra Huda
lembut. Sebaik mungkin
dia menyusun ayat
penolakkan kepada Datin
Fairuza kerana tidak
mahu ibu mertuanya
terasa hati.
“Tapi tak salahkan
mama nak tolong
Raa memasak?” balas
Datin Fairuza.
“Ya, tak salah
mama.” Senyum Afra
Huda.
“Kalau macam tu,
jomlah! Mama tolong
menantu mama masak
hari ni.” Datin
Fairuza bangun dari
sofa dan memimpin
tangan Afra Huda
menuju ke dapur.
Dan bagi
Afra Huda, dia
bersyukur kerana mempunyai
mertua yang sangat
baik hati walaupun
mereka orang kaya.
Tetapi tidak sombong
sedikitpun. Mungkin ada
hikmah disebalik dia
kehilangan abah dan
maknya tahun lepas.
Dan sekarang, Allah
gantikan dia dengan
mertua yang penyayang
dan baik hati.
Syukur kepada Allah.
“Kita nak masak
apa ni?” soalan
Datin Fairuza mengembalikan
Afra Huda ke
alam nyata. Afra
Huda berpaling ke
arah Datin Fairuza
sebelum bersuara.
“Mama nak makan
apa?” soal Afra
Huda balik.
“Mama rasa nak
makan gulai lemak
kuning nangka lah
sebab masa mama
masuk dapur tadi
ada bau nangka”
beritahu Datin Fairuza.
“Boleh saja mama.
Oh! Buah nangka
tu mak cik
jiran sebelah rumah
yang bagi pagi tadi.
Kebetulan dia baru
saja pulang dari
kampungnya” ujar Afra
Huda.
“Patutlah. Alhamdulillah, rezeki
mama hari ini.
Dari semalam lagi
mengidam nak makan
gulai lemak kuning
nangka tetapi buah
nangka pula tak
ada. Jadi mama
buat-buat tak tahu
sajalah. Nasib baik
datang sini, dapat
juga merasanya nanti.”
Walaupun mulut bergerak
tetapi tangan sedang
bergerak. Afra Huda sedang memotong
daging manakala Datin
Fairuza pula mengupas
bawang. Karang asyik
berbual tanpa tangan
bergerak, lauk untuk
makan tengah hari
entah ke mana.
“Mama mengidam ni,
ada isi ke?
Raa dan Id
nak dapat adik
baru ke?” usik
Afra Huda lalu
ketawa.
“Ish! Kamu ni,
ke situ pula.
Mama pula yang
kena. Mama ni
dah tualah, takkanlah
nak beranak lagi”
balas Datin Fairuza.
“Tua apanya mama.
Baru umur 45.
Muda lagi. Boleh
lagi tu. Lagipun
sekarang ni, ramai
yang berumur 40-an
yang mengandung” ujar
Afra Huda.
“Mengata mama pula.
Kamu tu, bila
nak bagi mama
dan papa cucu?
Takkan tak lekat
lagi kut?” soalan
daripada ibu mertuanya
membuatkan tangan yang
sedang menghiris daging
itu berhenti secara
tiba-tiba. Tidak sangk
yang ibu mertuanya
akan bertanya tentang
anak.
‘Macam mana nak
lekat mama, kalau
setiap kali bersama
dia kena makan
pil perancang? Raa
bukan tak nak
anak mama tetapi
Id yang tak
nak. Maafkan Raa,
mama!’ bisik Afra
Huda di dalam
hati.
“Belum ada rezeki
lagi mama” balas
Afra Huda sambil
tersenyum. Cuba menyembunyikan perasaan
kecewanya itu.
“Tak mengapalah, lagipun
baru lima bulan
kahwin. Usaha lagi,
ya!” senyum Datin
Fairuza. Tangannya naik
mengusap bahu menantunya.
Siapa tidak sayang
menantunya ini kerana
Afra Hudalah satu-satunya
menantu perempuannya. Yang
lain semua lelaki
kerana Imdad Idziyad
adalah anak tunggal
lelakinya.
“InshaAllah, mama!” angguk
Afra Huda sambil
tersenyum manis.
*************************************************************************************************
SELESAI saja
menjamu selera dan
perut sudah kenyang,
Dato’ Jamil dan
Datin Fairuza meminta
diri untuk pulang
ke rumah. Dato’
Jamil tidak berhenti
memuji masakan Afra
Huda yang sangat
sedap sehinggakan Dato’
Jamil menambah dua pinggan. Begitu
juga dengan Datin
Fairuza, sangat suka
akan masakan Afra
Huda. Dan Afra
Huda hanya membalasnya
dengan senyuman. Gembira
kerana mertuanya suka
akan masakannya.
Sedang asyik Afra
Huda membasuh pinggan
di sinki, dia
dikejutkan dengan suara Imdad Idziyad
yang datang menyapa
secara tiba-tiba. Tangan
naik menekup dada
kerana terkejut. Nasib
baik dia tidak
ada penyakit jantung!
Perasaan dengan kelakuan
Afra Huda, cepat-cepat
Imdad Idziyad memohon
maaf. “Sorry!”
Afra Huda hanya
menganggukkan kepalanya lantas
menyambung kerjanya yang
tergendela tadi.
“So, kau
okey jer kan
kalau opah tinggal
dengan kita?” soalan
tentang permintaan Hajah
Saodah dibangkitkan dan
ianya disampaikan tadi
oleh Dato’ Jamil
dan Datin Fairuza.
“Saya tak kisah.
Inikan rumah awak
dan opahkan nenek
awak. Jadi, saya
tiada masalah” balas
Afra Huda.
“Okey. Aku bukan
apa, takut kau
tak selesa jer
nanti” beritahu Imdad
Idziyad kerana bimbang
isterinya tidak seleasa.
Terkejut dengan kenyataan
yang baru saja
keluar dari mulut
suaminya membuatkan sudu
di tangannya terjatuh.
Nasib baik sudu,
bukan pinggan atau
gelas kaca. Kalau
tak, nayalah dia
nak cari duit
dan bayar ganti
rugi. Dan sejak
bila lelaki yang
bernama Imdad Idziyad
ambil berat tentangnya?
Tiba-tiba rasa
pelik pula dengan
kelakuan suaminya itu.
Kenapa hari ini
lelaki itu baik
saja dengan dia?
Kalau tak, hari-hari
kena tengking dan
marah. Itu baru
saja sikit belum
lagi tangan suaminya
naik ke pipinya.
Itu lagi dahsyat!
“Selesa ke tidak,
itu hal saya.
Kalau tidak selesa,
pandai-pandai sayalah nak
buat selesa. Lagipun
inikan rumah awak,
saya tiada hak
untuk membantah! Saya
ikut saja keputusan
awak. Asalkan saya
masih diberi tempat
tinggal untuk berteduh.”
Hujung ayat Afra
Huda kedengaran sedih.
Dan juga membuatkan
Imdad Idziyad tersentak
seketika sebelum dia
bersuara dan berlalu
pergi.
Note : Hai, Assalamualaikum. ini cerpen AH yg baru. cerpen yg sedang AH taip sekarang. kemungkinan AH lambat update cerpen ni sebab sekarang AH sedang fokus pada manuskrip novel SYT. jadinya harap bersabarlah menunggu sambungan cerpen ni. hahaha cerpen ni pun tergendala sekejap. kan AH dah cakap yg AH memang tamak. hahahaha
oklah, AH minta diri dulu. tak nak mengarut ke lain. nak sambung menulis.
happy reading, guys!
AH sayang korang. muahhhhh
p/s : kalau nak sambungan cerpen ni cepat, silalah tinggalkan komen anda. ngeeee *bye2

Nak lagi tau..... X sabar tunggu ni...
ReplyDeleteok. terima kasih sudi baca. In Syaa Allah, saya akn siapkan scpt mungkin part 2 :)
DeleteNak lagi tau..... X sabar tunggu ni...
ReplyDeletehuhu... bestnyaa
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteNak smbungn plizzzzzz
ReplyDelete