SINOPSIS
AFRA
HUDA. Seindah
dan secantik namanya.
Tapi sayang, hidupnya
tidak sebegitu. Derita
yang dia tanggung
selama berkahwin terpaksa
dia simpan sendirian
kerana dirinya yatim
piatu. Dan lelaki
yang menjadi suaminya
sekarang inilah telah
menjadikan dia piatu.
Dia sangka lelaki
itu akan menjaganya
dengan penuh kasih
sayang tetapi tidak!
Dia dijadikan seperti
hamba oleh suami
sendiri. Dan dia
sudah penat dengan
kehidupan sebegini!
Berstatus ahli
perniagaan dan memiliki
emapayar perniagaan yang
luas sehingga ke
luar negara. Orangnya
tegas dan skema
ketika kerja tetapi
berubah menjadi seorang
playboy dan lelaki
yang sweet apabila
berada di luar.
Itulah dia, Imdad
Idziyad. Seorang CEO
muda yang berjaya
dan disegani ramai
orang tetapi perangai
kalah hantu.
Hidup sebagai isteri
Imdad Idziyad sangatlah
sengsara kerana dia
dilayan tidak ubah
seperti pelacur. Dilayan
baik ketika inginkan
‘sesuatu’ dan dilayan
seperti sampah apabila
di sisi lelaki
itu ada wanita
yang berdahi licin.
Dan dilayan seperti
seorang isteri apabila
ahli keluarga suaminya
ada bersama.
“Hey! Betina! Aku dah pesan
banyak kali dengan
kau supaya ambil
pil pencegah kehamilan.
Kenapa kau susah
sangat nak faham,
bodoh?” – Imdad Idziyad.
“Kalau awak tak
nak bertanggungjawab pada
anak dalam perut
saya, saya terima.
Tetapi tolong lepaskan
saya!” - Afra Huda.
Adakah Imdad Idziyad
akan menceraikan Afra
Huda setelah dia
jatuh cinta dengan
isteri sendiri? Dan
adakah Afra Huda
akan terima Imdad
Idziyad balik setelah
satu rahsia terbongkar?
Hati Afra Huda
telah terluka teruk,
mampukah Imdad Idziyad
meraih kembali kasih
sayang isteri saat
hati itu sudah
hancur berkecai?
-Ayatul
Husna-

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.