BAB 9
“ABI?” soal Insyirah agak terkejut apabila terdengar Akif membahasakan dirinya abi. Dia baru saja kembali dari tandas.
“Kenapa? Tak boleh ke?” soal Akif kembali.
“Errr... kenapa bahasakan diri awak, abi? Sedangkan Fiya kan bukan anak awak.” Soalan Akif tidak dijawab oleh Insyirah. Dia tahu, agak keterlaluan kata-katanya itu tetapi dia ingin tahu kenapa Akif membahasakan dirinya dengan panggilan ‘abi’.
“Sebab saya dah anggap Safiya seperti anak saya sendiri.” Jelas Akif. “Tapi kalau awak tak suka, tak mengapa. Saya boleh bahasakan ‘uncle Akif’,” ujar Akif sambil tersenyum. Dia faham akan maksud Insyirah dan tidak terasa hati dengan kata-kata wanita itu tadi.
“Saya tak kata, tak suka. Dan saya tak kisah. Cuma saya nak tahu sebabnya saja. Maaf, kalau soalan saya tadi membuatkan awak terasa hati.” Cepat-cepat Insyirah memohon maaf dengan Akif. Bimbang lelaki itu terasa hati dengannya.
“No need to say sorry. Saya tak ambil hati pun dengan kata-kata awak tadi,” ujar Akif. “And sure, you don’t mind?” soal Akif teruja. Gembira kerana Insyirah memberi keizinan kepadanya untuk membahasakan dirinya abi pada Safiya.
“Yes.” Insyirah menganggukkan kepalanya. Jelas sekali terpancar kegembiraan di wajah Akif.
“Terima kasih kerana bagi saya peluang untuk merasai menjadi seorang ayah walaupun awak bukan isteri saya dan Safiya bukan anak kandung saya. Tetapi saya tetap akan anggap Safiya seperti anak saya sendiri.”
Ucapan Akif membuatkan Safiya terkedu. Tidak tahu hendak membalas apa dan dia memilih untuk mengangguk saja sambil tersenyum.
“Saya tak berpeluang untuk merasai menjadi seorang ayah kerana bekas isteri saya cakap dia tak nak mengandung awal dan tak sukakan kanak-kanak. Nak fokus pada kerjayanya.” Cerita Akif tanpa dipinta oleh Insyirah. Membuka kembali kisah yang lalu.
“Bekas isteri awak kerja apa?” soal Insyirah. Tiba-tiba berminat hendak mengetahui kerjaya bekas isteri Akif. Baginya, jarang wanita tidak sukakan kanak-kanak.
“Model.” Jawab Akif sepatah.
“Oh!” angguk Insyirah faham. ‘Patutlah tak nak mengandung. Memang tak peliklah. Semestinya wanita itu ingin menjaga badan dan sentiasa langsing.’
Insyirah menyambung dalam hati. Tidak pula terluah pada bibir kerana bimbang Akif terasa hati nanti walaupun cuma bekas isteri. Kerana mereka pernah hidup bersama dan mempunyai perasaan.
“Awak anggap saja Safiya sebagai anak awak. Saya tak kisah. Tapi jangan culik anak saya bawa tidur rumah awak sudah.” Gurau Insyirah di hujung ayatnya.
Kata-kata Insyirah membuatkan Akif berasa gembira. Syukur kerana ditemukan dengan Insyirah dan Safiya. Akhirnya dia dapat merasai menjadi seorang ayah walaupun Safiya bukan anak kandungnya.
“Don’t worry. I won’t. Thank you so much, Insyirah!” ujar Akif. “By the way, can I ask you a favour?” soal Akif serius. Insyirah yang berada di depannya dipandang dengan muka yang serius.
“Errr... apa dia?” takut pula Insyirah apabila melihat wajah serius Akif. Apa yang lelaki itu hendak minta. Berdebar pula rasanya. Jangan minta dia kahwin dengan lelaki itu sudah.
“Sebenarnya saya nak berkawan rapat dengan awak.” Akif berterus-terang. Terus ke tujuan utama tanpa berselindung.
“Sebelum ini kita belum menjadi kawan ke?” soal Insyirah dengan dahi yang berkerut. Bukankah sebelum ini mereka sudah declare menjadi kawan ke?
“Ya. Memang kita sudah menjadi kawan. Tapi, maksud saya, saya nak jadi teman rapat awak boleh? Kind of ‘teman tapi mesra.’ Boleh tak?”
Jelas Akif. Sebenarnya sejak dari dia bertemu dengan Insyirah kali ketiga, dia hendak bertanyakan akan hal itu tetapi tidak terkeluar pula. Lain yang hendak ditanya, lain yang keluar. Jadi, dia pendamkan saja.
“Yes. Sure! Why not? Awak pun dah jadi abi Safiya kan.” Setuju Insyirah. Tidak salah dia menjadi teman tapi mesra dengan Akif kerana lelaki itu duda dan dia masih single. Masing-masing tidak terikat dengan mana-mana ikatan. Dan dia selesa apabila berbual dengan Akif. Dan terasa ringan mulutnya hendak berkongsi masalah dengan lelaki itu.
“So, now we are ‘teman tapi mesra’. Bukan lagi kawan biasa.” Ujar Akif sambil tersenyum. Gembira kerana Insyirah setuju hendak menjadi teman rapatnya.
“Yes.” Insyirah mengangguk sambil tersenyum.
“Jadi, lepas ni kalau awak nak minta tolong atau nak kongsi masalah dengan saya, saya sedia menjadi pendengar setia dan penyelesai masalah awak,” beritahu Akif kepada Insyirah. Apa guna mereka menjadi teman rapat tapi dia tidak dapat menghulurkan bantuan untuk wanita itu.
“Awak tak nak tarik balik ke kata-kata awak tu?” soal Insyirah.
“Kenapa saya nak kena tarik balik kata-kata saya?” soalan dibalas soalan. Kenapa dia perlu tarik balik kata-katanya?
“Sebab nanti akan minta awak jaga Safiya kalau saya kena pergi kursus atau ada hal. Sanggup ke awak jaga Safiya dan korban cuti hujung minggu awak?” jelas Insyirah. Kemungkinan dia akan meminta tolong Akif untuk menjaga Safiya jika Puan Mariam tiada di rumah dan pembantu rumah dia cuti.
“Tiada hal. Setakat nak jaga Safiya saja. Saya boleh jer jaga dia.” Balas Akif dengan yakin. Baginya itu perkara kecil saja. Dia pernah menjaga anak saudaranya sebelum ini. Kiranya, dia ada pengalamanlah.
“Baiklah. Deal!”
“Yes. Deal!”
Akif dan Insyirah membuat perjanjian.
“Dan awak pun sama. Kalau ada masalah, cerita saja dengan saya. Kalau boleh tolong, saya akan tolong.” Pesan Insyirah kepada Akif.
“So, introduce myself, my name is Akif Althaf Adnan. You may call me Akif or Althaf but I’d prefer Akif. CEO of Mears Holding. 34 years old.” Akif memperkenalkan dirinya kepada Insyirah.
“What? CEO of Mears Holding? Why you didn’t tell me about this before?” terkejut Insyirah apabila Akif memperkenalkan dirinya sebagai CEO Syarikat Mears. Salah sebuah syarikat yang terkenal di Johor Bahru dan juga Malaysia.
“Errr... awak tak tanya.” Jawab Akif ringkas. Dan dia berharap Insyirah tidak bertanya soalan dia anak siapa. Rosak rancangannya kalau Insyirah tahu yang dia merupakan anak kepada Puan Sri Salina.
“Saya tak tanya sebab saya ingat awak cuma pekerja biasa di syarikat awak kerja. Kalau saya tahu awak ni CEO, saya takkan setuju nak kawan dengan awak.” Jujur Insyirah.
Dan kejujuran Insyirah memudarkan senyuman Akif yang terukir di bibir. Malah dahinya berkerut apabila mendengar kata-kata itu.
“Eh! Kenapa pula? Wanita lain berebut tau tak nak berkenalan dan berkawan dengan saya. Saya tak cukup handsome ke untuk menjadi teman tapi mesra awak?” wajah Insyirah direnung dengan tajam. Inginkan jawapan dari wanita di hadapannya ini. Pertama kali dia kenal wanita yang menolak dan tak nak berkawan dengannya selepas mengetahui dia merupakan CEO salah sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
“Bukan tak cukup handsome tetapi saya tak suka berkawan dengan lelaki yang berpangkat tinggi. Nanti orang mengata saya cuba untuk rampas harta lelaki itu pula. Dan saya tak nak di label sebagai mata duitan.” Jelas Insyirah.
“Kenapa awak kisahkan sangat dengan kata-kata orang lain? Biarkan saja. Yang penting niat awak betul untuk berkawan dengan saya. So, dah tak boleh nak tarik balik ya perjanjian kita untuk menjadi teman tapi mesra tu.”
Ujar Akif bersama dengan amarannya di penghujung ayatnya. Manalah tahu tiba-tiba Insyirah tak nak menjadi teman tapi mesranya selepas mengetahui siapa dirinya yang sebenarnya.
“Yalah. Saya pun tak berniat nak tarik balik. Nanti buruk siku,” gurau Insyirah bersama ketawa kecilnya.
Akif turut membalas bersama ketawa yang perlahan. “Buat lawak pula ya. Cepat, sekarang giliran awak pula untuk memperkenalkan diri kepada saya.” Pinta Akif.
“Baiklah. Nama saya, Nur Ulya Insyirah Idris. Awak boleh panggil Ulya atau Insyirah. Mana-mana yang awak selesa. Umur 25 tahun. Masih single dan juga mama kepada Safiya. Dan juga pemilik LS Café Signature. Selamat berkenalan, Akif.”
Insyirah memperkenalkan dirinya seperti yang diminta oleh Akif.
“I think, I want to know you more Insyirah,” ujar Akif. Beminat untuk mengenali Insyirah dengan lebih rapat. Dan dia mula mengorek rahsia dari Insyirah sehingga terlupa yang waktu lunch sudah pun tamat. Tak mengapa, dia kan bos.
Apakah Akif sudah membukakan kembali pintu hatinya untuk menerima wanita lain di dalam hidupnya?
NOTE : Tak nak bebel panjang2. Just enjoy your reading. Ada masa lapang, AH update lgi okay ;)
Tulusly,
Ayatul Husna

Bila nak smbung cite ni lagi sis
ReplyDeleteDah sambung awak. Jemput baca :) tq support
ReplyDelete