AIR MATA lelaki Noah Hezriq menitis di hadapan Kaabah. Memohon ampun dan
petunjuk dari Sang Pencipta. Di samping itu, Noah memohon supaya dipertemukan
dengan jodohnya. Berdoa supaya dipertemukan dengan seorang wanita yang memahami
kerjayanya yang memerlukan dia untuk sentiasa terbang jauh dan tidak berada di
samping bakal isterinya setiap saat. Dan dia sudah bersedia untuk mendirikan
rumah tangga.
Selesai
mengaminkan doa, Noah terdengar suara tangisan seorang wanita. Noah mencari
suara tangisan itu. Dan saat di berpaling ke kanan, mata Noah menangkap seorang
wanita sedang menangis teresak-esak. Wanita itu berada tidak jauh darinya. Tetapi
dia tidak dapat menangkap butir bicara wanita yang sedang berdoa itu.
Noah
menanti wanita itu selesai berdoa. Saat wanita itu berpaling untuk melangkah
pergi dari situ, mata mereka bersabung. Saling merenung antara satu sama lain.
Menghadirkan debar di hati Noah. Hatinya mendesak supaya menegur wanita itu
tetapi sudah terlambat kerana wanita itu sudah melangkah pergi. Dan hanya mampu
menghantar langkah wanita itu dengan matanya.
Hati Noah
mendesak ingin melihat wajah wanita itu yang tersorok di sebalik niqab yang
menutupi wajah itu. Mesti cantik!

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.