SEPERTI biasa,
Insyirah akan tiba di kafe miliknya tepat jam 9:00 pagi. Cuma kali ini Safiya
turut dibawa ke kafe kerana Puan Mariam mengikut Encik Idris outstation.
Disebabkan tiada sesiapa yang menjaga Safiya, maka dia terpaksalah membawa
anaknya sekali. Kebetulan pembantu rumahnya cuti dan pulang ke kampung.
Dan nasib
baik Safiya bukan jenis bayi yang kuat meragam dan baik. Malah Safiya jenis
mudah mesra dengan orang lain walaupun baru berjumpa untuk pertama kalinya. Dan
itu memudahkan kerja Insyirah kerana dia tidak bimbang untuk membiarkan Safiya
dijaga buat sementara waktu oleh pekerjanya.
“Anak mama
lapar ya? Jom kita minum susu.” Safiya yang berada dalam bakul bayi di agah
oleh Insyirah sebelum disusukan bayi itu.
Kalau dia
berada di kafe, biasanya dia akan pam terlebih dahulu susunya dan diisi ke
dalam botol susu kerana dia malu untuk menyusukan Safiya walaupun berada di
tempat yang agak tersorok. Jika berada di rumah saja dia akan menyusukan Safiya
secara direct.
“Assalamualaikum
Insyirah.” Tegur satu suara yang tidak asing lagi pada telinga Insyirah.
“Walaikumussalam.
Eh! Akif.” Insyirah berpaling ke arah pemilik pemberi salam itu walaupun dia
sudah dapat mengagak siapa pemilik suara itu.
“Duduklah.”
Pelawa Insyirah apabila melihat Akif hanya berdiri di situ.
“Thank you.”
Kerusi yang bertentangan dengan Insyirah ditarik dan melabuhkan punggungnya di
situ. “Rindunya pada Safiya,” ujar Akif apabila melihat Safiya sedang menyusu.
“Itulah.
Fiya pun rindu dekat Uncle Akif kan?” Balas Insyirah. Saat itu Safiya sudah
selesai menyusu. Belakang Safiya diusap oleh Insyirah untuk sendawakan bayi
itu.
“Mari sini.
Uncle rindu nak gomol Fiya.” Safiya yang berada di dalam bakul bayi di ambil
dan diangkat. Akif meriba Safiya. Dan mula bermain dengan bayi itu.
“Awak tak
kerja ke hari ni”" Soal Insyirah kepada Akif yang sedang bermain
dengan Safiya.
“Kerja.
Kebetulan ada meeting dekat area sini. Saya ingat nak lunch
dekat sini. Masuk tadi, saya tengok awak. Tu yang saja datang tegur ni.
Insyirah pula buat apa dekat sini?”
Jelas Akif
panjang lebar. Dia bermain dengan jari-jemari Safiya.
“Ini kafe
saya.” Beritahu Insyirah sambil tersenyum.
Kenyataan
dari Insyirah mengejutkan Akif. Kafe Insyirah? Jadi perempuan di hadapannya ada
kafe. Memang tidak salahlah tekaannya yang Insyirah merupakan anak kawan baik mummy
dia. Dan wanita yang mummy dia ceritakan selama ini.
“Kafe awak?
Kenapa awak tak cakap pun pada saya sebelum ni yang awak ada kafe?” Soal Akif
dengan nada yang terkejut. Tidak sangka yang Insyirah memiliki sebuah kafe. Dia
sangka selama ini Insyirah merupakan seorang guru atau seorang wanita yang
berjawatan tinggi tetapi sebaliknya.
“Ya.” Angguk
Insyirah. “Dah awak tak tanya saya kerja apa. So, saya tak cakaplah.”
Balas Insyirah tersengih. Dan dia anggap yang lelaki itu tidak berminta untuk
mengetahui pekerjaannya.
“Saya lupa
nak tanya. Lagi-lagi bila budak kecil ni ada sekali. Asyik nak gomol dia saja.”
Ujar Akif
sambil mencubit pipi Safiya lembut. Geram dengan pipi Safiya yang semakin
montel.
Tersenyum
Insyirah apabila mendengar kata-kata Akif. Nampak sangat yang lelaki itu
sukakan kanak-kanak tetapi sayang lelaki itu tidak mempunyai anak.
“Kenapa awak
tak kahwin lain saja?” Tiba-tiba soalan itu terbit di mulut Insyirah.
Terhenti
seketika perbuatan Akif yang sedang mengagah Safiya. Soalan yang tidak
terjangka daripada Insyirah.
“Sebab saya
tak jumpa pengganti yang sesuai dan pintu hati saya dah tertutup untuk bercinta
lagi. Saya serik. Takut dicurangi lagi." Akif menjelaskan kepada Insyirah
kenapa dia tidak mencari pengganti dan berkahwin lain.
“Maaf kalau
soalan saya buatkan awak kurang selesa.” Cepat-cepat Insyirah memohon maaf.
Bimbang Akif terasa hati.
“Nah... it's
okay.” Senyum Akif. Meyakinkan bahawa dia tidak
terasa hati.
“Eh! Asyik
berbual saja. Awak tak nak makan ke?” Insyirah mula mengalih topik perbualan
mereka. Tidak mahu menyoal Akif tentang masa lalu lelaki itu kerana dia yakin
yang Akif ingin lupakan kenangan lepas.
“Naklah.
Hari ni menu apa yang special?” Soal Akif.
“Awak suka
masakan kampung tak?” Insyirah mula bertanya makanan kegemaran Akif.
“Suka.
Kenapa?” Pelik Akif apabila Insyirah tidak menjawab soalannya dan bertanya
tentang makanan kegemarannya.
“Menu special
hari ni ialah masakan kampung. So, bolehlah awak rasa masakan kampung since
kegemaran awak,” beritahu Insyirah. Menjawab pertanyaan Akif tadi.
“Really?
Lama dah saya tak makan masakan kampung.” Teruja sekali Akif apabila mendengar
kata-kata Insyirah. Langkah kanan betul hari ni.
“Kejap saya
panggil pekerja saya,” ujar Insyirah sebelum memanggil pekerja kafe miliknya
itu.
Selesai
memesan makanan, Akif memulakan perbualan dengan Insyirah kembali sambil
menunggu makanannya tiba. Manakala Safiya sudah pun terlelap di atas riba Akif.
“Letak saja
Fiya tu dalam bakul bayi. Susah pula awak nak makan nanti. Dah la sekarang ni
makin mengada-ngada. Asyik nak tidur atas riba saja.” Adu Insyirah. Dan sangat
menyukarkan dia untuk buat kerja nanti kalau Safiya tidak mahu tidur di dalam
bakul bayi. Safiya macam suka saja tidur di atas riba Akif.
“Biasalah.
Dia kan masih bayi lagi. Layan sajalah.” Akif meletakkan Safiya di dalam bakul
bayi kembali. Dia menepuk Safiya dengan lembut untuk memastikan bayi itu tidur
nyenyak.
“Ya. Saya
tahu tapi sayalah pula yang susah hendak buat kerja nanti. Asyik nak tidur atas
riba saja.” Rungut Insyirah.
“Sabar
sajalah.” Ujar Akif. Dan Insyirah membalasnya dengan menganggukkan kepalanya.
Makanan yang
dipesan oleh Akif sudah sampai.
“Eh!
Insyirah tak makan sekali?” soal Akif apabila melihat hanya makanannya saja
yang terhidang di situ.
“Awak
makanlah dulu. Saya makan kejap lagi. Saya tunggu sahabat baik saya datang.”
Jelas Insyirah.
“Oh. Baiklah.” Akif membaca doa
terlebih dahulu sebelum menikmati makan tengah harinya itu.
“Nyenyak
sangat Fiya tidur.” Ujar Akif apabila melihat Safiya tidur dengan lena walaupun
waktu itu agak ramai pelanggan yang makan di kafe itu memandangkan waktu tengah
hari sudah masuk.
“Waktu macam
ni memang waktu tidur dia. Memang dia akan tidurlah. Kalau awak nak bermain
dengan dia, petang atau malam. Lagi-lagi waktu malam. Kalau tak dodoikan,
mahunya dia berjaga sampai pukul 3, 4 pagi. Penat saya nak melayan.”
Cerita
Insyirah tentang Safiya. Yang mengantuknya dia juga. Nasib baik dia bekerja
sendiri. Tak adalah kalut sangat jika terlewat bangun.
“Really?
Rupa-rupanya suka berjaga malam. Kesian awak. Lepas tu, awak sorang sajalah
yang jaga dia?” Tidak percaya pula yang Safiya jenis bayi yang suka berjaga
malam. Kalau anak saudaranya sebelum ini, tak adalah pula nak berjaga malam.
“Kadang-kadang
umi ada jaga tapi saya kesiankan umi, so sayalah yang jaga dia. Kalau
penat sangat, saya biarkan dia bermain di bawah dan saya tidur sebelah dia.
Bila nak menyusu, tahulah dia menangis.”
Beritahu
Insyirah kepada Akif. Tidak tahu kenapa, dia suka berkongsi cerita dengan
lelaki itu. Seakan sudah lama kenal dengan Akif walaupun baru saja mereka
mengenali antara satu sama lain. Dan kerana itulah dia bersetuju untuk berkawan
dengan lelaki itu.
“Saya rasa awak patut
kahwin. Senang nanti bila awak mengantuk, ada suami yang tolong jagakan Fiya,”
cadang Akif kepada Insyirah.
“Dan saya tak setuju.”
Geleng Insyirah. Dia kurang bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Akif.
“Kenapa?” Soal Akif.
Menjongketkan kening sebelah kirinya. Ingin mengetahui sebab Insyirah tidak
setuju dengan cadangannya.
“Sebab tak semestinya
suami saya tu akan jaga Safiya pada waktu malam kalau dia tak anggap Safiya
macam anak dia sendiri. Dan tak semua lelaki akan terima dan anggap Safiya
seperti anak sendiri. Dan kerana itulah saya nak cari yang boleh terima Safiya
macam anak dia sendiri. Yang sayang Safiya sama seperti zuriat dia sendiri.”
Penjelasan Insyirah
membuatkan Akif mengangguk setuju. “Ya. Saya setuju. Tapi ada saja yang akan
terima Safiya seperti anaknya sendiri.”
“Ya. Saya tak nafikan.
Tapi setakat ini saya belum jumpa lagi,” ujar Insyirah.
Akif tersenyum
mendengar kata-kata Insyirah. Akal fikirannya tiba-tiba terfikirkan satu idea.
“Kalau macam tu, awak
kahwin dengan saya sajalah.”
Dan kata-kata Akif
membuatkan Insyirah terkedu. Adakah lelaki itu sedang melamarnya?
“Jangan main-mainlah.”
Marah Insyirah. Tidak suka apabila Akif main-main dalam hal perkahwinan.
“Tadi awak kata nak
suami yang boleh terima dan sayang Safiya macam anak dia sendiri, sekarang ni
awak kata saya main-main pula,” ujar Akif. “Saya ajak awak kahwin la sebab saya
boleh terima Safiya macam anak saya sendiri.” Sambung Akif lagi. Wajahnya
sengaja di seriuskan.
“Memanglah tapi tak
adalah pula saya terfikirkan awak sebagai calonnya,” jelas Insyirah. Boleh pula
Akif fikirkan sampai ke situ.
“Kenapa? Saya tak
sesuai ke jadi calon awak?” Duga Akif. Teringin juga hendak tahu apa jawapan
yang bakal diberikan oleh Insyirah. Adakah wanita itu ada hati kepadanya? Atau
masih terlalu awal bagi dia untuk mengetahuinya.
“Errr... saya tak kata
awak tak sesuai tapi saya tak pernah terfikir pun yang awak calonnya,” jujur
Insyirah. Tanpa sedar, Insyirah seakan mengakui yang dia ada hati pada Akif.
“Jadi, awak rasa saya
sesuailah ya? Habis tu kenapa saya nak jadi ayah Safiya awak tak nak pula?”
Soal Akif. Soalan yang bakal memerangkap Insyirah jika wanita itu tidak
menjawab dengan elok.
“Perlu ke saya jawab
soalan tu?” Soalan dibalas soalan. Insyirah tidak mahu masuk ke dalam perangkap
Akif. Dan perlu bijak dalam menjawab soalan itu.
“It's up to you,” balas Akif. Tidak mahu
memaksa tetapi jika Insyirah jawab, dapat juga dia tahu jawapan wanita itu dan
mengetahui isi hati wanita itu.
“Okay. Saya akan
jawab tapi bukan sekarang,” senyum Insyirah.
“Alright. Saya
tak akan paksa. Dan saya akan tunggu jawapan awak tu.” Angguk Akif. Walaupun
hatinya mendesak ingin tahu apa jawapan yang bakal diberikan oleh Insyirah
tetapi dia tidak akan memaksa wanita itu. Dan dia akan tahu juga apabila tiba
masanya.
“Saya nak ke tandas
sekejap. Awak tolong tengokkan Fiya boleh?” Pinta Insyirah.
“Boleh. Pergi saja.”
Balas Akif. Dan Insyirah berlalu ke tandas.
Suara tangisan Safiya
membuatkan Akif meletakkan telefon di atas meja dan mengangkat bayi itu keluar
dari bakul bayi. Akif menepuk Safiya perlahan sambil menenangkan bayi itu.
Setelah tangisan Safiya reda, Akif meletakkan di atas ribanya.
“Anak abi dah bangun?”
soal Akif sambil mencium pipi Safiya.
Dan ketika itu Insyirah yang baru saja kembali
dari tandas terdengar Akif membahasakan dirinya ‘abi’ kepada Safiya.
NOTE : Terima kasih sudi baca. Enjoy your reading. Malas nak membebel panjang2. hehe. Btw, nak minta pendapat, kalau cerita ni sy buat dlm bentuk E-book, ada yg nak beli ke? Jgn lupa komen kt bawah ya ;)