Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Tuesday, June 12, 2018

TETAP YANG PERTAMA




BAB 7
KEHADIRAN bekas isteri Akif, Nadia Amira membuatkan suasana di restoran tersebut agak tegang. Nadia Amira masih lagi berdiri di tepi meja dengan pandangan yang tajam dan penuh dendam. Jadi, suaminya tinggalkan dia kerana perempuan lain? Dan sudah mempunyai anak?

“Patutlah you ceraikan I dan halau I dari rumah. Rupa-rupanya dah ada perempuan lain dan anak. Curang!” Sinis sekali kedengaran suara Nadia Amira dan lantang sehingga menarik minat beberapa pengunjung restoran itu.

“You cakap baik-baik sikit ya. Siapa yang curang sebenarnya? I atau you? Siapa yang ada orang lain sebenarnya? I atau you?” balas Akif geram. Menahan amarah yang mula membara. Dia tidak mahu meninggikan suaranya memandangkan dia berada di tempat umum.

“Kenapa I pula? Sekarang ni I cakap pasal you bukan I.” Nadia Amira tidak mengaku bahawa dirinya curang dan cuba untuk menutup kesalahan yang dia lakukan.

“Untuk pengetahuan you, you sudah tiada hak untuk menyibuk dalam hal I. Antara kita, sudah tiada apa-apa hubungan lagi. So, I rasa you tak payahlah nak menyibuk dalam urusan I,” balas Akif sinis.

Merah padam muka Nadia Amira sebaik saja mendengar kata-kata Akif kerana tidak berjaya menyakitkan hati bekas suaminya itu. Sengaja bekas suaminya hendak memalukan dia depan perempuan lain. Huh!

“Cepat sangat cinta you beralih arah ya.” Kali ini Nadia Amira pula menyindir.

“Tapi tak secepat cinta you pada I.” sindir Akif bersama senyuman sinis.

Hati Nadia Amira semakin membara dengan sindiran dari Akif walaupun itulah kenyataannya. Ingin membalas tetapi Akif kembali menyerangnya.

“I rasa lebih baik you pergi dari sini sebelum I lapor pada pemilik restoran yang you buat kecoh di sini.” Akif mula mengugut bekas isterinya. Rasa sakit hati berganda sakit apabila melihat wajah Nadia Amira walaupun suatu ketika dahulu dia pernah mencintai wanita yang sedang berdiri di sisi meja itu.

“You ugut I?” soal Nadia Amira bengang.

“Ya. I ugut you. You boleh pilih sama ada hendak angkat kaki dengan sendiri atau dengan bantuan security?” balas Akif bersahaja tanpa perasaan.

Okay, fine! I pergi dari sini tapi you jangan ingat yang I akan biarkan you hidup bahagia.” Ugut Nadia Amira sebelum melangkah pergi dari situ dengan dendam yang membara.

Akif menarik nafas lega selepas Nadia Amira berlalu pergi. Insyirah yang duduk bertentangan dengan dia dipandang sebelum Akif membuka suara memohon maaf.

“Saya minta maaf dengan apa yang berlaku tadi.”

“Saya maafkan. Tak mengapa. Lagipun saya faham yang bekas isteri awak mungkin cemburu dan dia cintakan awak lagi,” balas Insyirah walaupun dia masih terkejut dengan kejadian tadi. Tidak sangka dia diserang oleh bekas isteri Akif. Sekali seumur hidup.

“Cemburu? I don’t think so.” Geleng Akif dengan kata-kata Insyirah.

“Kenapa pula tak?” soal Insyirah hairan. Tak mungkin bekas isteri Akif tidak cemburu.

“Sebab cinta dia pada saya dah lama berubah. Kami bercerai pun sebab dia ada hubungan dengan lelaki lain.” Cerita Akif tanpa segan silu. Walaupun baru saja kenal dengan Insyirah, Akif berasa selesa untuk bercerita tentang masalah peribadinya itu.

Terkejut Insyirah dengan kenyataan Akif. Jadi mereka bercerai kerana orang ketiga? Tapi kenapa wanita itu sanggup tinggalkan Akif sedangkan pada pandangan dia, lelaki itu cukup sempurna dan juga kacak.

Sorry sebab buat you buka kisah lama.” Insyirah memohon maaf dengan keterlanjurannya.

It’s okay. Lagipun, saya dah lupakan semua itu. Dan pilih untuk mulakan hidup baru,” balas Akif dengan senyumannya. Tidak mahu Insyirah rasa bersalah.

Insyirah membalas senyuman Akif sebelum menyambung makan. Safiya masih lagi berada di atas riba Akif.

“Terima kasih kerana sudi belanja saya makan. Rasa segan pula sebab yang belanja saya makan. Sepatutnya, saya yang belanja awak.” Akif mengucapkan terima kasih kepada Insyirah.

“Sama-sama.” Balas Insyirah. “Tak perlu rasa segan. Saya ikhlas. Lagipun, saya terhutang budi dengan awak.”

Akif mengangguk dengan senyuman terukir di bibirnya selepas mendengar kata-kata Insyirah. Dan dia juga menolong wanita itu ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

“Awak tak ada pergi mana-manakan selepas ini?” soal Akif selepas mereka selesai makan.

“Tak ada.” Geleng Insyirah. “Kenapa?”

“Nak ajak awak teman saya pergi shopping boleh?” soal Akif. Mengajak Insyirah menemaninya.

“Boleh.” Setuju Insyirah tanpa sebarang alasan. Apa salahnya dia menemani Akif untuk hari ini. Lagipun, lelaki itu bukannya suami orang.

“Jom.” 
                              
Mereka berdua melangkah keluar dari restoran tersebut. Akif mendukung Safiya manakala Insyirah menolak stroller bayi yang kosong itu. Nampak seperti satu keluarga yang bahagia pada pandangan umum.

Nadia Amira yang melihat pemandangan itu dengan hati yang penuh dendam dan membara. Akalnya mula merancang sesuatu yang tidak elok.

“Jom kita masuk sini.” Akif mengajak Safiya untuk masuk ke butik yang menjual pakaian bayi.

“Eh! Nak buat apa?” soal Insyirah dengan dahi yang berkerut.

“Beli baju untuk Safiya la,” jawab Akif. Kaki kanannya sudah mula hendak melangkah masuk ke dalam butik pakaian tersebut.

“Saya tak kata pun nak beli baju untuk Fiya,” ujar Insyirah. Pelik. Bila masa pula dia kata nak beli baju untuk Safiya.

“Memanglah awak tak kata tapi saya yang nak beli.”

Kata-kata Akif membuatkan Insyirah tercengang untuk seketika. Saat matanya menangkap Akif melangkah masuk ke dalam butik pakaian itu, dia tidak sempat untuk menghalang lelaki itu. Dan akhirnya dia turut masuk ke butik pakaian itu.

Insyirah hanya mengikut Akif dari belakang saja.

“Awak pilihlah yang mana satu cantik baju untuk Safiya. Saya tak pandai nak pilih.” Akif berhenti di hadapan baju-baju bayi yang cantik dan sangat menarik pada pandangan wanita Insyirah.

“Errr... memang saya ke yang kena pilih?” soal Insyirah ragu-ragu. Manalah tahu kut-kut dia silap dengar ke.

“Ya. Awaklah. Kalau saya yang pilih, saya main ambil saja sebab saya kurang pandai nak pilih baju saiz bayi,” jujur Akif.

“Okey.” Akur Insyirah dan mula memilih baju untuk Safiya.

“Yang ni cantik.” Jari Akif menunjukkan pada satu baju yang tergantung pada penyangkut baju. Baju gown.

“Cantik tapi besarlah.” Komen Insyirah sambil mencari saiz baju yang lebih kecil. Setelah jumpa saiz yang dicari, Insyirah meletakkan baju tersebut pada badan Safiya. Padan dengan Safiya.

“Yang ni okey?” Insyirah meminta persetujuan daripada Akif memandangkan lelaki itu ingin membelikan baju untuk Safiya.

“Okey. Cantik.” Angguk Akif.

“Okey.” Insyirah mengambil baju tersebut.

“Kejap. Ada lagi. Kasut untuk Fiya,” beritahu Akif apabila Insyirah ingin melangkah ke kaunter pembayaran.

“Eh! Tak payahlah. Kasut pun Fiya pun dah banyak.” Tolak Insyirah. Tidak mahu terhutang budi dengan Akif.

“Banyak atau tak, saya tetap nak belikan untuk Fiya. So, awak ikut saja ya,” ujar Akif sebelum melangkah ke bahagian kasut untuk bayi. Dan Insyirah hanya mampu mengikut langkah Akif walaupun hatinya berat.

Selepas keluar dari butik pakaian, Akif mengajak Insyirah ke kedai yang menjual mainan untuk membelikan mainan kepada Safiya. Puas Insyirah menolak tetapi tidak dihiraukan oleh Akif. Malah lelaki itu berdegil.

Dan Insyirah hanya mampu melepaskan keluhan dan mengikut jejak lelaki itu dengan hati yang separuh rela.

“Terima kasih, Akif untuk semuanya.” Ucap Insyirah. “Tak sepatutnya awak manjakan Safiya dengan belikan dia baju, kasut dan mainan. Dan saya tak nak rasa terhutang budi dengan awak. Cukuplah masa awak selamatkan saya hari tu.” Insyirah menegur tindakan Akif yang terlalu pemurah sedangkan mereka baru saja kenal.

“Tak mengapalah. Lagipun saya tak ada anak. Dan saya dah anggap Safiya seperti anak saya sendiri. Jadi, awak tak perlu rasa terhutang budi dengan saya. Anggap ini semua hadiah,” jelas Akif panjang lebar.

“Baiklah.” Akur Insyirah.

“Hati-hati drive. Jangan nak memandu laju sangat.” Pesan Akif.

“Saya pula. Awak tu jangan nak memandu laju sangat.” Balas Insyirah.

“Yalah.” Angguk Akif. Macam tahu-tahu saja yang dia memandu dengan laju.

Mereka berpisah setelah Insyirah memandu keluar dari tempat letak kereta. Begitu juga Akif. Masing-masing pulang ke rumah dengan hati yang gembira dan bahagia.

Apakah petanda itu? Adakah itu yang dinamakan cinta?

NOTE: Maaf sebab mengambil masa yg lama untuk update bab 7. Cik AH busy dgn final exam. so, selamat membaca. Cik AH ada buat ebook utk cerita Biarkan Aku Terluka dan sesiapa yg follow cerita ni mesti tahu. dulu cerpen tapi sekarang dh jadi mini novel. Ada penambahan dlm cerita tu dan juga bonus utk cerpen lain. tajuknya belum decide lg. E-book tu masih dlm proses, dan bg sesiapa yg nak, boleh drop komen di fb. mungkin pre-order akn dibuka selepas raya. Harga pun tak mahal. takkan melebihi RM20. Insya Allah. Dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN in advance semua. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa. 

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.