Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Saturday, June 30, 2018

TETAP YANG PERTAMA

BAB 8
SEPERTI biasa, Insyirah akan tiba di kafe miliknya tepat jam 9:00 pagi. Cuma kali ini Safiya turut dibawa ke kafe kerana Puan Mariam mengikut Encik Idris outstation. Disebabkan tiada sesiapa yang menjaga Safiya, maka dia terpaksalah membawa anaknya sekali. Kebetulan pembantu rumahnya cuti dan pulang ke kampung.
Dan nasib baik Safiya bukan jenis bayi yang kuat meragam dan baik. Malah Safiya jenis mudah mesra dengan orang lain walaupun baru berjumpa untuk pertama kalinya. Dan itu memudahkan kerja Insyirah kerana dia tidak bimbang untuk membiarkan Safiya dijaga buat sementara waktu oleh pekerjanya.
“Anak mama lapar ya? Jom kita minum susu.” Safiya yang berada dalam bakul bayi di agah oleh Insyirah sebelum disusukan bayi itu.
Kalau dia berada di kafe, biasanya dia akan pam terlebih dahulu susunya dan diisi ke dalam botol susu kerana dia malu untuk menyusukan Safiya walaupun berada di tempat yang agak tersorok. Jika berada di rumah saja dia akan menyusukan Safiya secara direct.
“Assalamualaikum Insyirah.” Tegur satu suara yang tidak asing lagi pada telinga Insyirah.
“Walaikumussalam. Eh! Akif.” Insyirah berpaling ke arah pemilik pemberi salam itu walaupun dia sudah dapat mengagak siapa pemilik suara itu.
“Duduklah.” Pelawa Insyirah apabila melihat Akif hanya berdiri di situ.
“Thank you.” Kerusi yang bertentangan dengan Insyirah ditarik dan melabuhkan punggungnya di situ. “Rindunya pada Safiya,” ujar Akif apabila melihat Safiya sedang menyusu.
“Itulah. Fiya pun rindu dekat Uncle Akif kan?” Balas Insyirah. Saat itu Safiya sudah selesai menyusu. Belakang Safiya diusap oleh Insyirah untuk sendawakan bayi itu.
“Mari sini. Uncle rindu nak gomol Fiya.” Safiya yang berada di dalam bakul bayi di ambil dan diangkat. Akif meriba Safiya. Dan mula bermain dengan bayi itu.
“Awak tak kerja ke hari ni”" Soal Insyirah kepada Akif yang sedang bermain dengan  Safiya.

“Kerja. Kebetulan ada meeting dekat area sini. Saya ingat nak lunch dekat sini. Masuk tadi, saya tengok awak. Tu yang saja datang tegur ni. Insyirah pula buat apa dekat sini?”
Jelas Akif panjang lebar. Dia bermain dengan jari-jemari Safiya.
“Ini kafe saya.” Beritahu Insyirah sambil tersenyum.
Kenyataan dari Insyirah mengejutkan Akif. Kafe Insyirah? Jadi perempuan di hadapannya ada kafe. Memang tidak salahlah tekaannya yang Insyirah merupakan anak kawan baik mummy dia. Dan wanita yang mummy dia ceritakan selama ini.
“Kafe awak? Kenapa awak tak cakap pun pada saya sebelum ni yang awak ada kafe?” Soal Akif dengan nada yang terkejut. Tidak sangka yang Insyirah memiliki sebuah kafe. Dia sangka selama ini Insyirah merupakan seorang guru atau seorang wanita yang berjawatan tinggi tetapi sebaliknya.
“Ya.” Angguk Insyirah. “Dah awak tak tanya saya kerja apa. So, saya tak cakaplah.” Balas Insyirah tersengih. Dan dia anggap yang lelaki itu tidak berminta untuk mengetahui pekerjaannya.
“Saya lupa nak tanya. Lagi-lagi bila budak kecil ni ada sekali. Asyik nak gomol dia saja.”
Ujar Akif sambil mencubit pipi Safiya lembut. Geram dengan pipi Safiya yang semakin montel.
Tersenyum Insyirah apabila mendengar kata-kata Akif. Nampak sangat yang lelaki itu sukakan kanak-kanak tetapi sayang lelaki itu tidak mempunyai anak.
“Kenapa awak tak kahwin lain saja?” Tiba-tiba soalan itu terbit di mulut Insyirah.
Terhenti seketika perbuatan Akif yang sedang mengagah Safiya. Soalan yang tidak terjangka daripada Insyirah.
“Sebab saya tak jumpa pengganti yang sesuai dan pintu hati saya dah tertutup untuk bercinta lagi. Saya serik. Takut dicurangi lagi." Akif menjelaskan kepada Insyirah kenapa dia tidak mencari pengganti dan berkahwin lain.
“Maaf kalau soalan saya buatkan awak kurang selesa.” Cepat-cepat Insyirah memohon maaf. Bimbang Akif terasa hati.
“Nah... it's okay.” Senyum Akif. Meyakinkan bahawa dia tidak terasa hati.
“Eh! Asyik berbual saja. Awak tak nak makan ke?” Insyirah mula mengalih topik perbualan mereka. Tidak mahu menyoal Akif tentang masa lalu lelaki itu kerana dia yakin yang Akif ingin lupakan kenangan lepas.
“Naklah. Hari ni menu apa yang special?” Soal Akif.
“Awak suka masakan kampung tak?” Insyirah mula bertanya makanan kegemaran Akif.
“Suka. Kenapa?” Pelik Akif apabila Insyirah tidak menjawab soalannya dan bertanya tentang makanan kegemarannya.
“Menu special hari ni ialah masakan kampung. So, bolehlah awak rasa masakan kampung since kegemaran awak,” beritahu Insyirah. Menjawab pertanyaan Akif tadi.
Really? Lama dah saya tak makan masakan kampung.” Teruja sekali Akif apabila mendengar kata-kata Insyirah. Langkah kanan betul hari ni.
“Kejap saya panggil pekerja saya,” ujar Insyirah sebelum memanggil pekerja kafe miliknya itu.
Selesai memesan makanan, Akif memulakan perbualan dengan Insyirah kembali sambil menunggu makanannya tiba. Manakala Safiya sudah pun terlelap di atas riba Akif.
“Letak saja Fiya tu dalam bakul bayi. Susah pula awak nak makan nanti. Dah la sekarang ni makin mengada-ngada. Asyik nak tidur atas riba saja.” Adu Insyirah. Dan sangat menyukarkan dia untuk buat kerja nanti kalau Safiya tidak mahu tidur di dalam bakul bayi. Safiya macam suka saja tidur di atas riba Akif.
“Biasalah. Dia kan masih bayi lagi. Layan sajalah.” Akif meletakkan Safiya di dalam bakul bayi kembali. Dia menepuk Safiya dengan lembut untuk memastikan bayi itu tidur nyenyak.
“Ya. Saya tahu tapi sayalah pula yang susah hendak buat kerja nanti. Asyik nak tidur atas riba saja.” Rungut Insyirah.
“Sabar sajalah.” Ujar Akif. Dan Insyirah membalasnya dengan menganggukkan kepalanya.
Makanan yang dipesan oleh Akif sudah sampai.
“Eh! Insyirah tak makan sekali?” soal Akif apabila melihat hanya makanannya saja yang terhidang di situ.
“Awak makanlah dulu. Saya makan kejap lagi. Saya tunggu sahabat baik saya datang.” Jelas Insyirah.
“Oh. Baiklah.” Akif membaca doa terlebih dahulu sebelum menikmati makan tengah harinya itu.
“Nyenyak sangat Fiya tidur.” Ujar Akif apabila melihat Safiya tidur dengan lena walaupun waktu itu agak ramai pelanggan yang makan di kafe itu memandangkan waktu tengah hari sudah masuk.
“Waktu macam ni memang waktu tidur dia. Memang dia akan tidurlah. Kalau awak nak bermain dengan dia, petang atau malam. Lagi-lagi waktu malam. Kalau tak dodoikan, mahunya dia berjaga sampai pukul 3, 4 pagi. Penat saya nak melayan.”
Cerita Insyirah tentang Safiya. Yang mengantuknya dia juga. Nasib baik dia bekerja sendiri. Tak adalah kalut sangat jika terlewat bangun.
Really? Rupa-rupanya suka berjaga malam. Kesian awak. Lepas tu, awak sorang sajalah yang jaga dia?” Tidak percaya pula yang Safiya jenis bayi yang suka berjaga malam. Kalau anak saudaranya sebelum ini, tak adalah pula nak berjaga malam.
“Kadang-kadang umi ada jaga tapi saya kesiankan umi, so sayalah yang jaga dia. Kalau penat sangat, saya biarkan dia bermain di bawah dan saya tidur sebelah dia. Bila nak menyusu, tahulah dia menangis.”
Beritahu Insyirah kepada Akif. Tidak tahu kenapa, dia suka berkongsi cerita dengan lelaki itu. Seakan sudah lama kenal dengan Akif walaupun baru saja mereka mengenali antara satu sama lain. Dan kerana itulah dia bersetuju untuk berkawan dengan lelaki itu.
“Saya rasa awak patut kahwin. Senang nanti bila awak mengantuk, ada suami yang tolong jagakan Fiya,” cadang Akif kepada Insyirah.
“Dan saya tak setuju.” Geleng Insyirah. Dia kurang bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Akif.
“Kenapa?” Soal Akif. Menjongketkan kening sebelah kirinya. Ingin mengetahui sebab Insyirah tidak setuju dengan cadangannya.
“Sebab tak semestinya suami saya tu akan jaga Safiya pada waktu malam kalau dia tak anggap Safiya macam anak dia sendiri. Dan tak semua lelaki akan terima dan anggap Safiya seperti anak sendiri. Dan kerana itulah saya nak cari yang boleh terima Safiya macam anak dia sendiri. Yang sayang Safiya sama seperti zuriat dia sendiri.”
Penjelasan Insyirah membuatkan Akif mengangguk setuju. “Ya. Saya setuju. Tapi ada saja yang akan terima Safiya seperti anaknya sendiri.”
“Ya. Saya tak nafikan. Tapi setakat ini saya belum jumpa lagi,” ujar Insyirah.
Akif tersenyum mendengar kata-kata Insyirah. Akal fikirannya tiba-tiba terfikirkan satu idea.
“Kalau macam tu, awak kahwin dengan saya sajalah.”
Dan kata-kata Akif membuatkan Insyirah terkedu. Adakah lelaki itu sedang melamarnya?
“Jangan main-mainlah.” Marah Insyirah. Tidak suka apabila Akif main-main dalam hal perkahwinan.
“Tadi awak kata nak suami yang boleh terima dan sayang Safiya macam anak dia sendiri, sekarang ni awak kata saya main-main pula,” ujar Akif. “Saya ajak awak kahwin la sebab saya boleh terima Safiya macam anak saya sendiri.” Sambung Akif lagi. Wajahnya sengaja di seriuskan.
“Memanglah tapi tak adalah pula saya terfikirkan awak sebagai calonnya,” jelas Insyirah. Boleh pula Akif fikirkan sampai ke situ.
“Kenapa? Saya tak sesuai ke jadi calon awak?” Duga Akif. Teringin juga hendak tahu apa jawapan yang bakal diberikan oleh Insyirah. Adakah wanita itu ada hati kepadanya? Atau masih terlalu awal bagi dia untuk mengetahuinya.
“Errr... saya tak kata awak tak sesuai tapi saya tak pernah terfikir pun yang awak calonnya,” jujur Insyirah. Tanpa sedar, Insyirah seakan mengakui yang dia ada hati pada Akif.
“Jadi, awak rasa saya sesuailah ya? Habis tu kenapa saya nak jadi ayah Safiya awak tak nak pula?” Soal Akif. Soalan yang bakal memerangkap Insyirah jika wanita itu tidak menjawab dengan elok.
“Perlu ke saya jawab soalan tu?” Soalan dibalas soalan. Insyirah tidak mahu masuk ke dalam perangkap Akif. Dan perlu bijak dalam menjawab soalan itu.
“It's up to you,” balas Akif. Tidak mahu memaksa tetapi jika Insyirah jawab, dapat juga dia tahu jawapan wanita itu dan mengetahui isi hati wanita itu.
Okay. Saya akan jawab tapi bukan sekarang,” senyum Insyirah.
Alright. Saya tak akan paksa. Dan saya akan tunggu jawapan awak tu.” Angguk Akif. Walaupun hatinya mendesak ingin tahu apa jawapan yang bakal diberikan oleh Insyirah tetapi dia tidak akan memaksa wanita itu. Dan dia akan tahu juga apabila tiba masanya.
“Saya nak ke tandas sekejap. Awak tolong tengokkan Fiya boleh?” Pinta Insyirah.
“Boleh. Pergi saja.” Balas Akif. Dan Insyirah berlalu ke tandas.
Suara tangisan Safiya membuatkan Akif meletakkan telefon di atas meja dan mengangkat bayi itu keluar dari bakul bayi. Akif menepuk Safiya perlahan sambil menenangkan bayi itu. Setelah tangisan Safiya reda, Akif meletakkan di atas ribanya.
“Anak abi dah bangun?” soal Akif sambil mencium pipi Safiya.
Dan ketika itu Insyirah yang baru saja kembali dari tandas terdengar Akif membahasakan dirinya ‘abi’ kepada Safiya.

NOTE : Terima kasih sudi baca. Enjoy your reading. Malas nak membebel panjang2. hehe. Btw, nak minta pendapat, kalau cerita ni sy buat dlm bentuk E-book, ada yg nak beli ke? Jgn lupa komen kt bawah ya ;)

Tuesday, June 12, 2018

TETAP YANG PERTAMA




BAB 7
KEHADIRAN bekas isteri Akif, Nadia Amira membuatkan suasana di restoran tersebut agak tegang. Nadia Amira masih lagi berdiri di tepi meja dengan pandangan yang tajam dan penuh dendam. Jadi, suaminya tinggalkan dia kerana perempuan lain? Dan sudah mempunyai anak?

“Patutlah you ceraikan I dan halau I dari rumah. Rupa-rupanya dah ada perempuan lain dan anak. Curang!” Sinis sekali kedengaran suara Nadia Amira dan lantang sehingga menarik minat beberapa pengunjung restoran itu.

“You cakap baik-baik sikit ya. Siapa yang curang sebenarnya? I atau you? Siapa yang ada orang lain sebenarnya? I atau you?” balas Akif geram. Menahan amarah yang mula membara. Dia tidak mahu meninggikan suaranya memandangkan dia berada di tempat umum.

“Kenapa I pula? Sekarang ni I cakap pasal you bukan I.” Nadia Amira tidak mengaku bahawa dirinya curang dan cuba untuk menutup kesalahan yang dia lakukan.

“Untuk pengetahuan you, you sudah tiada hak untuk menyibuk dalam hal I. Antara kita, sudah tiada apa-apa hubungan lagi. So, I rasa you tak payahlah nak menyibuk dalam urusan I,” balas Akif sinis.

Merah padam muka Nadia Amira sebaik saja mendengar kata-kata Akif kerana tidak berjaya menyakitkan hati bekas suaminya itu. Sengaja bekas suaminya hendak memalukan dia depan perempuan lain. Huh!

“Cepat sangat cinta you beralih arah ya.” Kali ini Nadia Amira pula menyindir.

“Tapi tak secepat cinta you pada I.” sindir Akif bersama senyuman sinis.

Hati Nadia Amira semakin membara dengan sindiran dari Akif walaupun itulah kenyataannya. Ingin membalas tetapi Akif kembali menyerangnya.

“I rasa lebih baik you pergi dari sini sebelum I lapor pada pemilik restoran yang you buat kecoh di sini.” Akif mula mengugut bekas isterinya. Rasa sakit hati berganda sakit apabila melihat wajah Nadia Amira walaupun suatu ketika dahulu dia pernah mencintai wanita yang sedang berdiri di sisi meja itu.

“You ugut I?” soal Nadia Amira bengang.

“Ya. I ugut you. You boleh pilih sama ada hendak angkat kaki dengan sendiri atau dengan bantuan security?” balas Akif bersahaja tanpa perasaan.

Okay, fine! I pergi dari sini tapi you jangan ingat yang I akan biarkan you hidup bahagia.” Ugut Nadia Amira sebelum melangkah pergi dari situ dengan dendam yang membara.

Akif menarik nafas lega selepas Nadia Amira berlalu pergi. Insyirah yang duduk bertentangan dengan dia dipandang sebelum Akif membuka suara memohon maaf.

“Saya minta maaf dengan apa yang berlaku tadi.”

“Saya maafkan. Tak mengapa. Lagipun saya faham yang bekas isteri awak mungkin cemburu dan dia cintakan awak lagi,” balas Insyirah walaupun dia masih terkejut dengan kejadian tadi. Tidak sangka dia diserang oleh bekas isteri Akif. Sekali seumur hidup.

“Cemburu? I don’t think so.” Geleng Akif dengan kata-kata Insyirah.

“Kenapa pula tak?” soal Insyirah hairan. Tak mungkin bekas isteri Akif tidak cemburu.

“Sebab cinta dia pada saya dah lama berubah. Kami bercerai pun sebab dia ada hubungan dengan lelaki lain.” Cerita Akif tanpa segan silu. Walaupun baru saja kenal dengan Insyirah, Akif berasa selesa untuk bercerita tentang masalah peribadinya itu.

Terkejut Insyirah dengan kenyataan Akif. Jadi mereka bercerai kerana orang ketiga? Tapi kenapa wanita itu sanggup tinggalkan Akif sedangkan pada pandangan dia, lelaki itu cukup sempurna dan juga kacak.

Sorry sebab buat you buka kisah lama.” Insyirah memohon maaf dengan keterlanjurannya.

It’s okay. Lagipun, saya dah lupakan semua itu. Dan pilih untuk mulakan hidup baru,” balas Akif dengan senyumannya. Tidak mahu Insyirah rasa bersalah.

Insyirah membalas senyuman Akif sebelum menyambung makan. Safiya masih lagi berada di atas riba Akif.

“Terima kasih kerana sudi belanja saya makan. Rasa segan pula sebab yang belanja saya makan. Sepatutnya, saya yang belanja awak.” Akif mengucapkan terima kasih kepada Insyirah.

“Sama-sama.” Balas Insyirah. “Tak perlu rasa segan. Saya ikhlas. Lagipun, saya terhutang budi dengan awak.”

Akif mengangguk dengan senyuman terukir di bibirnya selepas mendengar kata-kata Insyirah. Dan dia juga menolong wanita itu ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

“Awak tak ada pergi mana-manakan selepas ini?” soal Akif selepas mereka selesai makan.

“Tak ada.” Geleng Insyirah. “Kenapa?”

“Nak ajak awak teman saya pergi shopping boleh?” soal Akif. Mengajak Insyirah menemaninya.

“Boleh.” Setuju Insyirah tanpa sebarang alasan. Apa salahnya dia menemani Akif untuk hari ini. Lagipun, lelaki itu bukannya suami orang.

“Jom.” 
                              
Mereka berdua melangkah keluar dari restoran tersebut. Akif mendukung Safiya manakala Insyirah menolak stroller bayi yang kosong itu. Nampak seperti satu keluarga yang bahagia pada pandangan umum.

Nadia Amira yang melihat pemandangan itu dengan hati yang penuh dendam dan membara. Akalnya mula merancang sesuatu yang tidak elok.

“Jom kita masuk sini.” Akif mengajak Safiya untuk masuk ke butik yang menjual pakaian bayi.

“Eh! Nak buat apa?” soal Insyirah dengan dahi yang berkerut.

“Beli baju untuk Safiya la,” jawab Akif. Kaki kanannya sudah mula hendak melangkah masuk ke dalam butik pakaian tersebut.

“Saya tak kata pun nak beli baju untuk Fiya,” ujar Insyirah. Pelik. Bila masa pula dia kata nak beli baju untuk Safiya.

“Memanglah awak tak kata tapi saya yang nak beli.”

Kata-kata Akif membuatkan Insyirah tercengang untuk seketika. Saat matanya menangkap Akif melangkah masuk ke dalam butik pakaian itu, dia tidak sempat untuk menghalang lelaki itu. Dan akhirnya dia turut masuk ke butik pakaian itu.

Insyirah hanya mengikut Akif dari belakang saja.

“Awak pilihlah yang mana satu cantik baju untuk Safiya. Saya tak pandai nak pilih.” Akif berhenti di hadapan baju-baju bayi yang cantik dan sangat menarik pada pandangan wanita Insyirah.

“Errr... memang saya ke yang kena pilih?” soal Insyirah ragu-ragu. Manalah tahu kut-kut dia silap dengar ke.

“Ya. Awaklah. Kalau saya yang pilih, saya main ambil saja sebab saya kurang pandai nak pilih baju saiz bayi,” jujur Akif.

“Okey.” Akur Insyirah dan mula memilih baju untuk Safiya.

“Yang ni cantik.” Jari Akif menunjukkan pada satu baju yang tergantung pada penyangkut baju. Baju gown.

“Cantik tapi besarlah.” Komen Insyirah sambil mencari saiz baju yang lebih kecil. Setelah jumpa saiz yang dicari, Insyirah meletakkan baju tersebut pada badan Safiya. Padan dengan Safiya.

“Yang ni okey?” Insyirah meminta persetujuan daripada Akif memandangkan lelaki itu ingin membelikan baju untuk Safiya.

“Okey. Cantik.” Angguk Akif.

“Okey.” Insyirah mengambil baju tersebut.

“Kejap. Ada lagi. Kasut untuk Fiya,” beritahu Akif apabila Insyirah ingin melangkah ke kaunter pembayaran.

“Eh! Tak payahlah. Kasut pun Fiya pun dah banyak.” Tolak Insyirah. Tidak mahu terhutang budi dengan Akif.

“Banyak atau tak, saya tetap nak belikan untuk Fiya. So, awak ikut saja ya,” ujar Akif sebelum melangkah ke bahagian kasut untuk bayi. Dan Insyirah hanya mampu mengikut langkah Akif walaupun hatinya berat.

Selepas keluar dari butik pakaian, Akif mengajak Insyirah ke kedai yang menjual mainan untuk membelikan mainan kepada Safiya. Puas Insyirah menolak tetapi tidak dihiraukan oleh Akif. Malah lelaki itu berdegil.

Dan Insyirah hanya mampu melepaskan keluhan dan mengikut jejak lelaki itu dengan hati yang separuh rela.

“Terima kasih, Akif untuk semuanya.” Ucap Insyirah. “Tak sepatutnya awak manjakan Safiya dengan belikan dia baju, kasut dan mainan. Dan saya tak nak rasa terhutang budi dengan awak. Cukuplah masa awak selamatkan saya hari tu.” Insyirah menegur tindakan Akif yang terlalu pemurah sedangkan mereka baru saja kenal.

“Tak mengapalah. Lagipun saya tak ada anak. Dan saya dah anggap Safiya seperti anak saya sendiri. Jadi, awak tak perlu rasa terhutang budi dengan saya. Anggap ini semua hadiah,” jelas Akif panjang lebar.

“Baiklah.” Akur Insyirah.

“Hati-hati drive. Jangan nak memandu laju sangat.” Pesan Akif.

“Saya pula. Awak tu jangan nak memandu laju sangat.” Balas Insyirah.

“Yalah.” Angguk Akif. Macam tahu-tahu saja yang dia memandu dengan laju.

Mereka berpisah setelah Insyirah memandu keluar dari tempat letak kereta. Begitu juga Akif. Masing-masing pulang ke rumah dengan hati yang gembira dan bahagia.

Apakah petanda itu? Adakah itu yang dinamakan cinta?

NOTE: Maaf sebab mengambil masa yg lama untuk update bab 7. Cik AH busy dgn final exam. so, selamat membaca. Cik AH ada buat ebook utk cerita Biarkan Aku Terluka dan sesiapa yg follow cerita ni mesti tahu. dulu cerpen tapi sekarang dh jadi mini novel. Ada penambahan dlm cerita tu dan juga bonus utk cerpen lain. tajuknya belum decide lg. E-book tu masih dlm proses, dan bg sesiapa yg nak, boleh drop komen di fb. mungkin pre-order akn dibuka selepas raya. Harga pun tak mahal. takkan melebihi RM20. Insya Allah. Dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN in advance semua. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa.