Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Friday, May 4, 2018

TETAP YANG PERTAMA



BAB 6

PESANAN whatsapp dari nombor yang tidak kenali tidak dibalas oleh Insyirah. Hanya dibaca dan diberikan blue tick sahaja. Insyirah hanya akan membalasnya sekiranya si penghantar pesanan tersebut memperkenalkan diri terlebih dahulu. Dan Insyirah memang tidak akan melayan panggilan telefon atau pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali.

Whatsapp from Akif,
Kenapa tak balas whatsapp saya? Ini Akiflah.

Whatsapp to Akif,
Sorry. Saya ingatkan siapa tadi. Kenapa ya Akif?

Whatsapp from Akif,
It’s okay. Awak free tak esok? Kata nak belanja saya makan. Esok saya free.

Whatsapp to Akif,
Free. Kalau macam tu kita jumpa di City Square. Restoran PappaRich ya.

Whatsapp from Akif,
Okay. Jangan lupa bawa baby awak sekali. Saya nak gomol dia. Hari tu tak sempat nak gomol dia.
Pesanan ringkas dari Akif membuatkan Insyirah tersenyum. Rupa-rupanya lelaki itu minat kanak-kanak.

WhatsApp to Akif,
Baiklah. Nanti saya bawa dia. Okay, good night awak.

WhatsApp from Akif,
Good night too. Sweet dream.

Selepas membaca pesanan ringkas dari Akif, Insyirah melangkah ke arah katil bayi milik Safiya. Kepala Safiya yang sedang tidur lena diusap. Sungguh, dia sayangkan Safiya.

“Tidur lena ya sayang. Esok kita pergi jumpa Uncle Akif. Uncle nak jumpa sayang.” Ubun-ubun Safiya dikucup sebelum Insyirah berlalu ke katil miliknya untuk beradu. Tiba-tiba hatinya rasa tidak sabar hendak berjumpa dengan Akif.

Duhai hati, jangan nak buat perangai!

*****

PADA keesokkan harinya, seperti yang dijanjikan Akif dan Insyirah bertemu di PappaRich. Akif tiba di restoran tersebut terlebih dahulu. Sepuluh minit berlalu, Insyirah tiba di situ bersama dengan Safiya yang berada di dalam stroller. Insyirah menolak stroller menghampiri Akif Althaf yang sedang ralit memandang telefon pintar di tangan.

“Sorry, we are late.” Sebaik saja berdiri di hadapan Akif, terus Insyirah meminta maaf kerana dia terlewat.

“It’s okay. Duduklah!” dengar saja suara yang menyapanya, terus Akif mengangkat kepalanya. Senyuman dihadiahkan buat Insyirah sebelum menyuruh wanita itu duduk.

Insyirah duduk bertentangan dengan Akif. Manakala stroller milik Safiya diletakkan di sisinya. “Maaflah kalau awak tunggu lama. Fiya buat hal tadi. Tu yang lambat sampai.” Sekali lagi Insyirah memohon maaf kerana rasa bersalah membuat Akif menunggunya lama.

“Tak mengapa. Saya faham. Tak perlu minta maaf,” balas Akif. Tidak mahu Insyirah rasa bersalah. Tiada masalah baginya. Lagipun, lambat sepuluh minit sahaja dan dia faham dengan keadaan Insyirah yang ada anak kecil.

“Dah order makanan?” soal Insyirah.

“Belum. Saya tunggu awaklah,” jawab Akif lalu memanggil pelayan untuk memesan makanan.
Selesai memesan makanan, Akif dan Insyirah mula bersembang. “Comellah anak awak. Apa namanya?” puji Akif. Dari tadi matanya tertarik dengan bayi yang sedang tidur yang berada di dalam stroller.

“Nur Leyla Safiya.” Insyirah menjawab sambil mencubit sedikit pipi Safiya yang sedang nyenyak tidur.

“Sedap namanya.”

“Terima kasih.”

“Mana suami awak? Dia tak marah ke kita keluar ni?” soalan yang sejak dari tadi lagi bermain di benak fikirannya, akhirnya Akif ajukan kepada Insyirah.

“Errr... sebenarnya saya belum kahwin lagi.” Insyirah berterus-terang tentang statusnya.
Terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Insyirah, tanpa sempat di brek mulutnya, terluah juga soalan yang agak sensitif.

“Jadi, baby ni anak luar nikah?”

“Eh! Tak! Tak!” cepat-cepat Insyirah menggelengkan kepalanya. “Fiya ni sebenarnya anak kepada arwah kakak kembar saya. Lepas kakak kembar saya meninggal, saya jadikan dia sebagai anak angkat,” jelas Insyirah. Tidak mahu Akif salah faham walaupun lelaki itu sudah salah faham dengannya.

“Saya minta maaf! Tak sepatutnya saya tanya soalan macam tu tadi.” Akif memohon maaf di atas keterlanjurannya sebentar tadi. Rasa bersalah pula kerana menuduh bayi kecil itu.

“Tak mengapa. Saya maafkan dan saya faham! Bukan awak sorang yang fikir macam tu dan ini bukan kali pertama. Dah banyak kali,” beritahu Insyirah. Biasalah bila ada bayi kecil dan tiada suami di sisi, mesti masyarakat akan fikir yang bukan-bukan.

“Habis tu kenapa awak tak kahwin saja? Takkan orang secantik awak ni tak ada calon kut?” soal Akif. Agak berminat untuk mengetahui jawapan dari wanita di hadapannya ini.

“Memang tak ada pun.” Jujur Insyirah. Dan pengakuan dari Insyirah mengejutkan Akif. Tak mungkinlah wanita secantik Insyirah masih lagi tiada calon.

“Betullah. Buat apa saya nak tipu. Sebab itulah saya tak kahwin lagi,” ujar Insyirah apabila melihat wajah Akif yang tidak percaya dengan kata-katanya.

“Takkan tak ada orang berkenan kut? Ke awak terlalu memilih?” Akif kurang percaya dengan apa yang keluar dari mulut Insyirah.

“Nak kata tak ada, ada saja.” Akui Insyirah. Cuma dia saja yang jual mahal. “Nak kata saya jenis yang memilih tak juga sebab saya nak seorang lelaki yang boleh menerima Safiya juga. Bukan hanya terima saya saja.” Insyirah menjelaskan kepada Akif kenapa dia masih tidak berkahwin lagi.

“Tapi takkanlah tak ada mana-mana lelaki yang jatuh sayang pada Safiya. Dia kan comel. Tengok tu, time dia tidur pun tetap comel,” ujar Akif kurang percaya.

“Setakat ni tak ada lagi sebab yang mana tahu saya menyusukan Safiya, semua tak nak sebab mereka kata, mereka tak bersedia lagi nak ada anak.” Dan kata-kata Insyirah membuatkan Akif terkejut. Wanita itu jadikan Safiya anak susuannya?

“Awak menyusukan Safiya?” soal Akif terkejut. Tidak menyangka bahawa Insyirah menjadi ibu susuan kepada Safiya. Bukan saja ibu angkat.

“Errr... ya.” Angguk Insyirah teragak-agak. Menayang sengih. Baru perasan yang dia terlepas cakap tadi. Aduh! Macam mana dia boleh tercakap pada Akif pula?

“Baguslah awak ni. Sekurang-kurangnya nanti, Safiya dapat juga merasa air susu seorang ibu.” Akif memuji apa yang Insyirah lakukan dan dia kagum dengan wanita di hadapannya ini.

“Asyik bercakap pasal saya saja, kita keluar ni isteri awak tak marah ke?” soal Insyirah. Apa la, sekarang baru nak tanya lelaki di depan dia ni suami orang ke tak! Masa ajak makan, tak fikir pula. Adoi!

“Saya tak ada isteri. Kami baru saja bercerai dua bulan yang lepas.” Akif berterus-terang. Dia tidak mahu rahsiakan identiti dirinya yang sebenar dan dia tidak kisah sekiranya orang mengenali dia sebagai duda. Duda hot kut! Masuk bakul angkat sendiri! Manalah tahu Insyirah berkenan ke nak jadikan dia ayah kepada Safiya.

Eh! Apa yang dia merapu ni?

“Maaf!” ucap Insyirah. Terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Akif. Tidak sangka, lelaki yang dia sangka masih bujang, rupa-rupanya duda.

“Tak mengapa.” Senyum Akif. Rasa tawar senyumannya itu tetapi cuba diukir semanis yang mungkin.

By the way, kalau kita jadi kawan boleh?” soal Akif. Meminta izin untuk berkawan dengan Insyirah. Dia berasa selesa apabila berada dekat dengan wanita itu walaupun baru dua kali berjumpa.

“Boleh. Why not? Saya pun selesa berkawan dengan awak.” Setuju Insyirah.

“So, now we are friends.” Senyum Akif. Gembira kerana Insyirah sudi berkawan dengannya.

“Yes. Friends.” Balas Insyirah dengan senyumannya.

Suara Safiya yang sedang merengek, menarik perhatian Akif. Laju saja Akif bangun dan menghampiri stroller Safiya. Insyirah yang ingin bangun dihalang dan disuruh Insyirah meneruskan makan. Safiya dibawa ke dalam dukungannya dan Akif duduk kembali di atas kerusi.

“Bagi pada sayalah. Kesian awak nak kena melayan dia,” pinta Insyirah. Tidak senang pula duduknya kerana bimbang mengganggu lelaki itu. Tadi, enak saja lelaki itu menjamu selera sebelum Safiya merengek.

“Tak mengapa. Awak makan. Biar saya layan Safiya. Lagipun, dari pertama kali kita berjumpa lagi saya nak dukung dia. Kan semalam saya dah cakap pada awak yang saya nak gomol dia hari ini.”

Akif cuba untuk berunding dengan Insyirah. Dia bagi peluang kepada wanita itu untuk makan dengan tenang. Bukan dia tidak tahu, apabila menjadi seorang ibu, anak akan menjadi keutamaan walaupun ketika itu seorang ibu sedang makan.

“Baiklah. Awak gomol lah dia puas-puas.” Akhirnya Insyirah akur dengan alasan yang diberikan oleh Akif. Biarlah Akif melayan Safiya. Lagipun, Safiya tidak menangis. Maknanya, anak dia suka dengan Akif.

Sedang Akif asyik mengagah Safiya, Nadia Amira datang menyapa dengan penuh sinis. “Wow! Baru saja bercerai, dah jumpa pengganti I rupanya. Ada anak lagi. Ke dah kahwin sebelum you ceraikan I?”

Terhenti aksi Akif yang sedang bermain dengan Safiya. Dan Insyirah yang ingin menyuap makanan ke dalam mulutnya, tidak jadi sebaik saja mendengar ayat sindiran daripada seorang perempuan yang dia tidak kenali.

Insyirah mendongakkan kepalanya dan seorang perempuan yang memakai pakaiannya agak seksi bersama dengan beg tangan LV sedang berdiri di tepi meja bersama dengan pandangan yang sinis dan senyuman mengejek.

Terus Insyirah memandang Akif dan meminta penjelasan daripada lelaki itu. Adakah wanita itu bekas isteri kepada Akif.

“My ex-wife.” Seakan mengerti akan pandangan Insyirah kepadanya, Akif mula bersuara sebelum pandangannya dialihkan kepada Nadia Amira yang masih lagi berdiri di situ.

“What do you want, Nadia Amira?” soal Akif dengan muka tegang. Kalau boleh, dia tidak mahu melihat wajah bekas isterinya kerana kenangan lama kembali menjelma. Dan bukan senang untuk dia lupakan semua itu.

“I want you, Akif! Why you don’t reply my text?” balas Nadia Amira geram. Tidak fahamkah bekas suaminya itu?

“Because I don’t have any business to discuss with you.” Tegas Akif menjawab. Malas hendak melayan bekas isterinya itu.

Nadia Amira tersenyum sinis sebaik saja mendengar jawapan bekas suaminya sebelum bersuara. “Really? Bukan sebab you dah ada perempuan lain?” Nadia Amira memandang sinis ke arah Insyirah.

“None of your business.”

Manakala Insyirah yang hanya berdiam diri mula panas hati dengan kata-kata Nadia Amira. Mesti perempuan nak kata yang dia ni perampas. Baru saja Insyirah ingin membuka mulut, Nadia Amira terlebih dahulu bersuara.

“Your business is my business, Akif Althaf!” Tegas Nadia Amira. Menegakkan benang yang basah. Sah-sah dia bukan lagi milik Akif. Jadi, urusan Akif bukan lagi urusan Nadia Amira.

“In your dreams, Nadia Amira!” sinis Akif. “I think better you go now because I don’t need you anymore.” Halau Akif secara terang-terangan.

Nadia Amira mengetap gigi tanda geram. Marah pun ada. Berani Akif layan dia seperti ini dan menghalaunya tanpa perasaan. Sakit hati! Tetapi sebelum dia beredar dari situ, dia perlu lakukan sesuatu yang menyakitkan hati bekas suaminya itu. Baru dia puas hati.


NOTE : Sorry dear readers sbb lama sangat cik penulis ni menyepi. Busy sangat dengan tugas sebagai seorang pelajar. Banyak benda yang nak kena buat. Dan tak sempat pun nak menulis. Masa awal-awal sem jer sempat menaip cerita tapi dekat2 penghujung sem ni, nak buka mss pun tak sempat wlpn hampir setiap hari mengadap laptop. Cik penulis malas nak membebel panjang2. SELAMAT MEMBACA. HAPPY READING.

p/s : Kalau nak bab 7, rajin-rajinkanlah komen. Dan nak tanya, kalau cik penulis buat group di fb, ada yang sudi join tak?

Tulusly,
Ayatul Husna.