BAB 1
PEMANDANGAN yang ada di hadapan matanya dipandang tanpa menghiraukan keadaan yang agak sibuk di sekelilingya. Biasalah, waktu hujung minggu begini mesti ramai keluarga yang keluar untuk meluangkan masa bersama-sama kecuali Navilya Afeefa. Yang gemar menghabiskan masa sendirian. Tanpa gangguan daripada sesiapapun. Bukan tiada yang sudi menemani dirinya tetapi dia yang lebih gemar bersendirian. Dia selesa begitu. Dan dia bukan anti-sosial, cuma lebih selesa seperti ini.
Kali ini matanya dialihkan ke sebelah kanan. Terbuntang mata Navilya Afeefa apabila melihat wajah seseorang yang dia rindui sekian lama. Setelah tiga tahun dia terpisah dengan jejaka itu, akhirnya dia dapat menatap wajah yang kacak itu. Semakin kacak dan bergaya. Mungkin jejaka itu sudah bekerja barangkali dan juga sudah berkahwin.
Kecewakah dia andai lelaki itu sudah menjadi milik orang lain?
Ya, dia kecewa sebab dia cintakan lelaki itu! Walaupun bertahun sudah berlalu tetapi rasa itu masih ada. Pernah dia ingin buang tetapi tidak boleh. Jadi, dia biarkan saja rasa itu.
Secara tidak sengaja, mata mereka bertembung dan cepat-cepat Navilya Afeefa melarikan anak matanya ke arah lain. Hatinya juga berdegup secara tiba-tiba. Perasaan apakah ini? Setelah tiga tahun dia membiarkan rasa itu, dan ianya datang kembali. Cepat-cepat Navilya Afeefa bertistighfar di dalam hati kerana dia tidak mahu melayan perasaan itu. Hanya mainan saja. Tidak mungkin dia akan bersama lelaki itu.
Sekali lagi Navilya Afeefa berpaling ke kanan dan jejaka tadi sudah tiada. Dia mengeluh hampa kerana orang dia rindui itu sudah tiada di tempat tadi. Sudah pergi barangkali. Dia mengeluh hampa. Baru saja ingin menatap lama wajah jejaka yang dia rindui itu tetapi sudah tiada. Bukan rezekinya barangkali.
‘Sudah-sudahlah Afeefa, dia tak rindukan kau pun. Dia pun tidak tahu kewujudan kau.’ Kata hatinya mula berbisik. Dan dia sedar sesuatu bahawa belum tentu lelaki itu inginkan dia kalau dia cintakan lelaki itu sekalipun. Tapi tak salahkan untuk mencintai?
Keluhan dilepaskan perlahan. Tiada guna merindui orang yang tidak rindukan kita, Afeefa! Cuba untuk memujuk hatinya itu. Dulu temanya, Dalili pernah berpesan jangan terlalu berharap dan adakah dia terlalu berharap selama ini? Terlalu berharap yang lelaki itu akan menjadi miliknya nanti. Tapi akan terjadikah itu?
Dia sendiri tidak pasti kerana itu semua rahsia Allah. Jadi biar Allah saja yang menentukan.
Navilya Afeefa bangun dari bangku yang didudukinya, lalu dia melangkah ke arah kereta. Lebih baik dia balik ke rumah. Hari sudah menjelang senja. Tidak elok berjalan pada waktu senja kerana biasanya iblis berkeliaran pada waktu itu. Dan kalau dia pulang lewat ke rumah, tak pasal-pasal kena bebel dengan Puan Bainun pula. Itu satu hal. Jadi, kena bersedialah untuk hadapi bebelan dari ibunya nanti. Ataupun, minta-minta ibunya sudah ke masjid waktu dia tiba di rumah nanti.
*****
PROTON Iriz berwarna merah miliknya itu diparking disebelah Honda City ibunya. Nampaknya ibu ada di rumah kerana kereta ayahnya masih lagi berada di porch. Terpaksalah mendengar bebelan dari ibunya. Redha sajalah. Baru saja kakinya melepasi pintu rumah, suara Puan Bainun sudah kedengaran. Dan Navilya Afeefa hanya membuat muka redha saja. Sudah lali mendengar bebelan dari ibunya itu.
“Hah! Baru jumpa jalan balik ke rumah? Pergi mana tadi? Merayap saja kerjanya,” bebel Puan Bainun berserta sindiran buat si anak.
“Kan Feefa dah beritahu ibu tadi yang Feefa keluar nak ambil angin,” jawab Navilya Afeefa perlahan. Dia sudah agak, mesti kena bebel dengan ibunya sebab sejak akhir-akhir ni dia selalu saja keluar. Mana tak marah ibunya. Hehe.
“Asyik ambil angin saja. Kalau tak ambil angin, makan lepas tu tidur. Macam manalah kamu nak maju ke hadapan kalau hidup macam ni hari-hari? Ayah suruh kerja tak nak. Nak kerja di syarikat lainlah. Nak cari pengalaman dulu dan berdikarilah. Tapi sampai sekarang jadi penanam anggur yang tiada hasil!”
Panjang lebar bebelan yang keluar dari mulut Puan Bainun. Dan membuatkan Navilya Afeefa terkulat-kulat untuk membalas. Semua yang ibunya senaraikan, semuanya betul. Tiada satu pun yang salah.
Dan macam mana Puan Bainun tidak membebel kerana apabila dia suruh kerja dengan suaminya, ada saja alasannya. Lagi-lagi apabila Navilya Afeefa buat derk saja. Dan apabila suaminya sebelahkan anak perempuannya itu, dia terpaksa senyaplah. Harap saja hantar belajar tinggi. Ada master tetapi tak nak bekerja buat apa? Habiskan duit saja hantar belajar jauh-jauh.
“Alah, ibu... sabarlah! Bukan senang nak dapat kerja zaman sekarang ni. Baru beberapa hari lepas Feefa pergi interview kerja. Tunggulah lagi dua, tiga hari ke. Mereka telefonlah kalau dapat.” Navilya Afeefa memujuk ibunya. Tangannya naik memeluk bahu Puan Bainun lalu dicium pipi ibunya. Cara yang dia sentiasa guna untuk memujuk Puan Bainun. Dan biasanya, ianya menjadi!
“Sebab susah nak dapat kerjalah ibu suruh Feefa kerja dengan ayah saja. Tak perlulah ke hulu ke hilir mencari kerja,” ujar Puan Bainun lembut. Cuba memujuk si anak agar bekerja dengan si ayah. Tetapi tidak berjaya kerana Navilya Afeefa masih lagi dengan alasannya itu. Puan Bainun melepaskan keluhan perlahan.
“Alaa... Feefa bukan apa ibu, Feefa cuma nak rasa hidup berdikari. Sampai bila Feefa nak bergantung hidup pada ayah dan ibu? Jadi lebih baik Feefa belajar berdikari dari sekarang.” Jelas Navilya Afeefa. Senyuman dihadiahkan buat ibunya. Semoga hati ibunya sejuk nanti apabila melihat senyumannya itu.
“Hmm... suka hati kamulah Feefa. Kamu dah besar. Boleh fikir sendiri.” Akhirnya Puan Bainun mengalah. Kalau dia bagi nasihat panjang lebar pun, bukannya anaknya dengar. Suka sangat ikut kepala sendiri. Jadi lebih baik dia diam saja.
Dan Navilya Afeefa hanya mampu sengih saja.
“Dah la, bercakap dengan kamu ni ibarat mencurah air ke atas daun keladi! Ibu pergi dapur dulu, nak siapkan bahan-bahan untuk memasak sekejap lagi,” ujar Puan Bainun lalu membuka langkahnya menuju ke dapur.
Auch! Pedasnya sindiran dari ibu. Buatkan dia tersedak walaupun tidak minum air. Sabar sajalah. Kau juga yang selalu cari pasalkan. Dan dia sudah kenal dengan perangai ibunya itu dan ibunya juga sudah tahu macam mana perangai dia. Sebab itulah kena kata-kata ibunya itu terus kena atas batang hidung sendiri. Dia tahu, ibunya inginkan yang terbaik buatnya. Dia faham.
Kaki melangkah ke tingkat atas dan menuju ke biliknya. Dia ingin membersihkan badan. Terasa melekit kerana hampir seharian dia berada di luar. Lama juga dia keluar tadi. Macam mana ibunya tidak membebel. Dia berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Lebih baik dia segera mandi sebelum tangannya menyentuh benda lain. Kalau tak, pukul 10 malam baru dia jumpa bilik air. Parah betul! Lagipun sekejap lagi nak tolong ibunya memasak untuk makan malam. Kalau tak tolong nanti, panjanglah pula bebelan ibunya nanti.
Sabar sajalah!
Bunyi ketukan pintu biliknya dari luar membuatkan bacaan Navilya Afeefa terganggu. Suara Puan Bainun yang memanggilnya dari luar membuatkan Navilya Afeefa terpaksa menutup bukunya dan melangkah ke arah pintu biliknya. Tombol pintu dipulas dan wajah Puan Bainun terpampang di hadapan pintu biliknya.
“Ya, ibu! Ada apa?” soal Navilya Afeefa pada Puan Bainun yang berdiri di hadapannya itu.
“Along nak jumpa kamu,” beritahu Puan Bainun. Menjawab persoalan si anak.
“Aik! Bila along sampai? Kata tak jadi balik.” Soal Navilya Afeefa agak terkejut. Tadi ibunya beritahu yang abang sulungnya tidak jadi pulang ke rumah kerana esok kena pergi outstation. Tup-tup balik pula.
“Baru saja. Dia cakap tak sampai hati nak tinggal Kak Long seorang diri yang tengah sarat mengandung.” Jelas Puan Bainun. Dia pun terkejut juga. Tiba-tiba anak sulungnya ada di hadapan pintu rumah.
“Oh, lupa pula!” sengih Navilya Afeefa.
“Pergilah jumpa along tu. Lambat karang, marah pula along kamu nanti. Macam kamu tak kenal along kamu tu macam mana. Dia tunggu kamu di bilik bacaan.” Beritahu Puan Bainun.
“Baiklah, ibu!” angguk Navilya Afeefa.
Puan Bainun meminta diri setelah menyampaikan pesanan anak sulungnya kepada Navilya Afeefa. Pintu bilik ditutup perlahan setelah ibunya beredar. Dan Navilya Afeefa melangkah ke bilik yang terletak di hujung sekali. Bilik bacaan keluarga mereka.
Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik bacaan itu, kelihatan abang sulungnya sedang sibuk membelek buku yang berkaitan dengan business yang berada di atas meja kaca. Lalu Navilya Afeefa melangkah ke arah sofa dua berangkai yang bertentangan dengan si abang.
“Ada apa along nak jumpa Feefa?” soal Navilya Afeefa. Terus ke tujuan kenapa dia dipanggil untuk datang ke bilik bacaan.
“Feefa sihat?” soal Nashrul Haq. Soalan daripada si adik tidak dijawab sebaliknya dia bertanya khabar si adik.
“Alhamdulillah, sihat! Macam yang along tengok sekarang,” jawab Navilya Afeefa bersama senyuman manis.
“Alhamdulillah. Gembira along tengok Feefa sihat.” Senyum Nashrul Haq.
“Lupa nak tanya, Kak Long dan baby sihat?” soal Navilya Afeefa. Bertanya khabar kakak ipar dan bakal anak saudaranya.
“Alhamdulillah, both of them sihat! Tanya Kak Long dan baby jer? Along tak nak tanya, sihat ke tak?” jawab Nashrul Haq. Sempat lagi dia mengusik Navilya Afeefa dihujung ayatnya kerana si adik tidak bertanya khabarnya. Suaranya sengaja disedihkan.
“Along konfem sihat. Kalau tak, tak adalah depan Feefa sekarang ni,” ujar Navilya Afeefa. Dan Nashrul Haq hanya tersengih mendengar jawapan dari si adik.
“Oh, ya! Along nak tanya, Feefa buat apa di Megats Properties dua hari lepas?” soal Nashrul Haq ingin tahu. Hampir terlupa pula tujuan asal dia memanggil si adik ke mari kerana asyik bertanya khabar masing-masing.
“Eh! Along tahu dari mana ni?” soal Navilya Afeefa kembali. Terkejut kerana alongnya tahu yang dia pergi ke syarikat Megat Properties. Jangan alongnya tahu dia buat apa di sana sudahlah.
“Along tahu dari mana, itu tidak penting! Yang along nak tahu, Feefa buat apa di sana?” suara Nashrul Haq sudah berubah tegas. Dan itu membuatkan Navilya Afeefa berasa kecut perut. Bukan dia tidak kenal dengan alongnya itu. Kalau suara sudah berubah tegas, maknanya adalah perkara yang alongnya tidak suka.
“Saja! Tak ada buat apa-apa pun. Pergi jumpa kawan Feefa yang bekerja di sana,” bohong Navilya Afeefa. Senyuman palsu diberikan kepada si abang yang berhadapan dengannya. Kalau dia berterus-terang, rasanya memang kena dia dengan alongya itu.
“Betul ni? Jumpa kawan saja?” soal Nashrul Haq curiga. Kurang percaya dengan jawapan yang diberikan oleh si adik
“Ya, betul! Feefa pergi jumpa kawan saja.” Angguk Navilya Afeefa bersungguh-sungguh. Supaya alongya percaya.
“Baguslah! Dan along tak nak Feefa ada apa-apa hubungan dengan Megats Properties. Lagi-lagi dengan CEO syarikat tu. Faham?” arah Nashrul Haq tegas. Tajam sekali dia memandang si adik. Menunjukkan dia benar-benar serius dengan kata-katanya itu.
“Tapi kenapa?” soal Navilya Afeefa hairan.
“Feefa akan tahu apabila tiba masanya,” jawab Nahrul Haq ringkas.
“Ingat, jangan ada hubungan dengan syarikat tu!” pesan Nahsrul Haq buat kali kedua.
Navilya Afeefa hanya menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Akur dengan arahan alongnya. Kepalanya menunduk memandang jubin. Tidak berani memandang alongnya kerana bimbang rahsianya akan terbongkar nanti. Dan di dalam kepalanya ada satu persoalan, kenapa alongnya melarang dia untuk ada hubungan dengan Megats Properties? Musykil!
“Kalau macam tu Feefa masuk bilik dulu. Ada kerja sikit nak buat,” ujar Navilya Afeefa meminta diri untuk berlalu. Kembali ke biliknya.
“Eh! Tak nak jumpa Kak long dulu ke?” soal Nashrul Haq hairan. Biasanya si adik akan bertemu isterinya dulu kalau mereka berdua berkunjung ke sini.
“Esok sajalah. Kesian Kak Long nak berehat. Lagipun Kak Longkan duduk di sini esok.” Balas Navilya Afeefa. Menjawab pertanyaaan alongnya itu.
“Kalau itu Feefa katakan. Tak mengapalah. Selamat malam!” akur Nashrul Haq. Mungkin adiknya letih barangkali sebab tadi ibunya ada membebel pada dia pasal si adik. Asyik merayap saja kerjanya. Dan dia hanya mendengar saja bebelan dari si ibu. Dia nasihat pada Navilya Afeefa suruh kerja pun, si adik buat derk saja. Jadi, lebih baik dia diamkan diri saja.
“Selamat malam, along! Cakap pada Kak Long sekali ya nanti. Feefa minta diri dulu,” balas Navilya Afeefa sebelum berlalu keluar dari bilik bacaan itu.
Dan Nashrul Haq hanya menganggukkan kepalanya saja tetapi matanya tidak lepas memandang langkah si adik sehingga hilang dari pandangannya. Kenapa dia rasa ada sesuatu yang tidak kena? Seperti adiknya sedang sorokkan sesuatu daripada dia. Dan kenapa dia juga merasakan yang Navilya Afeefa ada hubungan dengan Megats Properties?
Ahh... perasaannya saja barangkali!
NOTE : HAI! HAI! ASSALAMUALAIKUM... lama rasanya tak update blog. hehe
new entry for novel DLI.. jgn lupa komen kalau terkurang ke apa. malas nk pesan pnjg2.. masih lagi menaip novel ni. doakan sy smoga dpt siapkan dgn cpat. dan smga diberi idea yg mencurah-curah sprti air sungai yg mngalir.. hehe
SELAMAT MEMBACA SEMUA.. ENJOY, ya!
last entry before raya.. hehe
Tulusly,
Ayatul Husna(AH).

